Headlines News :
Home » » BN akan balas sokongan rakyat Kelantan - Mustapa

BN akan balas sokongan rakyat Kelantan - Mustapa

Written By petang hot on Isnin, 20 Mei 2013 | 2:05 PG


TUMPAT 19 Mei - Barisan Nasional (BN) Kelantan akan membalas sokongan rakyat Kelantan kepada parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu melalui pelaksanaan aku janji dengan keutamaan di 12 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan lima kerusi Parlimen yang dimenangi.
Pengerusinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, langkah tersebut bukan bermaksud kawasan-kawasan lain akan diabaikan, sebaliknya keutamaan dan tumpuan lebih diberi kepada rakyat yang telah menyatakan sokongan mereka kepada BN pada PRU-13, 5 Mei lalu.
Mustapa berkata, sebagai contoh BN akan melobi kepada Kerajaan Pusat untuk membina sebuah jambatan merentangi Sungai Golok yang akan menghubungkan Pengkalan Kubor iaitu salah satu kerusi DUN dimenangi BN, dengan pekan Thak Bai di Selatan Thailand.
"Sudah pasti rakyat yang mengundi BN mengharapkan sesuatu, ini kehendak mereka maka Kerajaan Pusat harus beri perhatian kepada kehendak mereka, mereka telah memberi sokongan kepada BN.
"Melalui sokongan itu, mereka mengharapkan kawasan mereka diberi perhatian lebih berbanding kawasan lain. Yang lain tetap diberi perhatian cuma sudah pasti perhatian lebih di kawasan yang BN menang," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri jamuan ringkas bersama jentera pilihan raya BN di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130519/po_12/BN-akan-balas-sokongan-rakyat-Kelantan---Mustapa#ixzz2TlN4mJ00
© Utusan Melayu (M) Bhd 
Share this post :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Petang Hot - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger