Headlines News :
Home » » Syor tubuh RCI tangkis tuduhan pembangkang

Syor tubuh RCI tangkis tuduhan pembangkang

Written By petang hot on Isnin, 20 Mei 2013 | 8:01 PTG


ALOR SETAR 20 Mei - Gerakan Kedah mencadangkan agar kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat tohmahan parti pembangkang terhadap keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Ketua Pemudanya, Tan Keng Liang berkata, ia bertujuan untuk membuktikan kebenaran keputusan tersebut kerana tohmahan dan hujah-hujah penipuan oleh pembangkang telah menimbulkan persepsi umum yang salah terhadap kerajaan.
"Tuduhan pembangkang itu menyebabkan persepsi awam yang salah terhadap PRU-13 and mencemarkan imej Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
"Ia menjadi lebih buruk apabila tuduhan-tuduhan palsu terus direkodkan dalam blog, facebook dan media sosial yang mudah dilayari di internet dan ia mungkin boleh menjadi sumber rujukan dalam sejarah," katanya.
Keng Liang berkata, sejak keputusan PRU-13 diumumkan, pakatan pembangkang membuat pelbagai tuduhan antaranya Barisan Nasional (BN) membawa warga asing dari Bangladesh untuk mengundi pada PRU-13.
"Sebaliknya sehingga ke tarikh ini, tiada seorang pun Bangladesh itu ditemui kecuali kes seorang lelaki India rakyat Malaysia yang mempunyai nama Cina yang disalah anggap sebagai Bangladesh.
"Pemimpin DAP yang membuat tuduhan palsu itu telah meminta maaf tetapi hanya selepas pilihan raya," katanya. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130520/po_09/Syor-tubuh-RCI-tangkis-tuduhan-pembangkang#ixzz2TpjtGL1b
© Utusan Melayu (M) Bhd 
Share this post :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Petang Hot - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger