Headlines News :
Home » » ADUN KUALA BESUT MENINGGAL DUNIA

ADUN KUALA BESUT MENINGGAL DUNIA

Written By petang hot on Rabu, 26 Jun 2013 | 11:22 PG

Mykmu difahamkan YB. DR. A RAHMAN BIN MOKHTAR, Ahi Dewan Undangan Negeri Kuala Besut, Terengganu telah meninggal dunia pagi tadi akibat jangkitan kuman pada paru-paru.Allahyarham yang menang kerusi Dewan Undangan Negeri Kuala Besut mengalahkan calon Pas dalam pilihan raya lalu.
Dilahirkan pada 28 Mac 1958 di Kg. Pulau Perhentian, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, YB Dr. Haji A. Rahman bin Mokhtar, mendapat ijazah kedoktoran dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau kemudiannya mendapat ijazah lanjutan Master of Public Helath dari Manila.
YB Dr. Haji A. Rahman selalu mengimbau zaman kanak-kanak yang sederhana tetapi tetap bermakna sebagai seorang anak nelayan di Pulau Perhentian. Kini beliau sudah berkahwin dan mempunyai empat orang anak.
Antara kenangan yang tidak boleh dilupakan semasa menjadi seorang siswazah, YB Dr. Haji A. Rahman pernah bertanding dan menang dalam pilihanraya kampus perubatan UKM (PERSIAP), lalu menyandang jawatan setiausaha sukan dan kebajikan PERSIAP.
YB Dr. Haji A. Rahman merupakan sahabat karib dengan bekas Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Datuk Dr. Karim Mansor. Bila bertemu, dua sahabat rapat ini akan makan-makan sambil bersembang perihal politik dan kehidupan. Di masa lapang, YB Dr. Haji A. Rahman juga gemar bersukan dan memukul bola golf.
Al-fatihah buat allahyarham. Semoga Allah mencucuri rahmat dan Rahim-Nya ke atas Allahyarham. Jasa mu dalam kenangan.
Share this post :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Petang Hot - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger