SEPERTI dijangka dan yang sudah pun diramal berminggu-minggu yang sudah, pagi ini 89 kera pembangkang akan mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen di Dewan Rakyat seterusnyamenerima elaun dan segala kemudahan yang lain atas jawatan tersebut.
Meninggalkan balaci pembangkang peringkat bawahan terkulat-kulat macam orang bodoh. Termasuklah di kalangan mereka ini ialahlebih 5,000 orang yang usung anak bini untuk menyertai himpunan haram Blackout 505 Sabtu lepas, peniaga yang bawak beratus-ratus helai T-Shirt untuk dijual (tapi tak laku) dan sebagainya.
Hakikatnya, nasib para balaci ini masih macam itu juga. Cakap pasal penjual T-Shirt itu, ramai yang marah kerana kehadiran tidak seperti yang diwar-warkan (satu juta orang) sedangkan mereka sudah keluar modal untuk buat siapkan semua T-Shirt tersebut tapi tidak laku.
Yang lain tu, kalau sebelum itu hidupnya kais pagi makan pagi, selepas berhimpun dan berarak macam orang gila, masih kais pagi makan pagi juga, tidak ada apa yang berubah. Kalau sebelum tu jadi kerani gaji minimum RM 900, selepas berhimpun dan berarak macam orang bodoh, pun gaji tak naik juga.
Tapi kera 89 orang ini, pendapatan masing-masing sahaja sudah tetap RM 10,000 sebulan sebagai ahli parlimen (selama 5 tahun). Yang dalam masa sama jadi Ketua Menteri, Menteri Besar, ada tambahan gaji dan kemudahan lain. Itu tak kira sapu projek sana sini atau bagi pada kroni dengan dia dapat laba atas angin.
Penulis merujuk hal ini kepada kontraktor pengangkutan sampah di Selangor yang keseluruhannya terdiri dari kroni moni Khalid Ibrahim dan culai-culainya dalam PKR dan Pakatan pembangkang. Sampah kejap kutip kejap tak kutip, tapi Khalid juga yang masyukk tiap-tiap bulan.
Apa pun renunglah dalam-dalam, sampai bila nak jadi bodoh dan dibodohkan Anwar Ibrahim dan culainya? Pilihanraya tak adil, penuh penipuan dan sebagainya konon, tapi diakhirnya, yang menang tetap angkat sumpah a.k.a iktiraf keputusan pilihanraya tanpa rasa bersalah sikit pun kepada rakyat yang mereka bohongi sehingga sanggup turun ke jalan menghirup asap jerebu.
Kami dalam UMNO dan BN gelakkan saja tengok kebodohan masing-masing, jenuh cakap dah tapi masih bodoh macam itu juga nak buat macam mana.
Catat Ulasan