Pakatan Rakyat hari ini mencetuskan kekecohan apabila mencadangkan bekas Hakim Datuk Abdul Kadir Sulaiman sebagai calon Speaker Dewan Rakyat. Cadangan di bawa oleh Bandar Tun Razak, Tan Sri Khalid Ibrahim dan disokong oleh Jelutong (Karpal Singh).
Sebelum itu, Barisan Nasional melalui Pekan (Dato Sri Mohd Najib Tun Razak) mencadangkan nama Tan Sri Pandikar Amin Mulia sebagai speaker Dewan dan disokong oleh Pagoh (Tan Sri Muhyiddin Yassin).
Pakatan memohon diadakan undian sulit. Setiausaha Dewan maklumkan oleh kerana terdapat dua pencalonan maka undian sulit akan dilakukan seperti mana terdapat dalam peraturan dewan. Semua Ahli Parlimen diminta menulis nama yang disokong di dalam kertas undi dan menandatangani borang pengesahan pengundian.
Bagaimanapun Pakatan masih membuat kecoh mahukan kertas undi tiada nombor siri biarpun Setiausaha Dewan menyatakan ia merupakan prosedur pengundian bagi mengelak penipuan kertas undi. Beberapa ahli Parlimen kaki gaduh Pakatan seperti Mahfuz mula membuat kecoh sehingga mikrofon dimatikan oleh Setiausaha Dewan.
Ketika ini proses pengundian dijalankan.
Catat Ulasan