Headlines News :
Home » » ANWAR CUBA LAWAN TAKDIR ILAHI JADI PM

ANWAR CUBA LAWAN TAKDIR ILAHI JADI PM

Written By petang hot on Sabtu, 22 Jun 2013 | 3:17 PG

Semakin dekat dengan tarikh keramat 24 Jun yang merupakan hari mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Rakyat bagi calon-calon parti politik yang memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 lalu, semakin meracau pula perangai puak-puak pembangkang.
 
Mereka bertindak seolah-olah negara ini tidak mempunyai sebarang undang-undang atau peraturan.
 
Rakyat negara ini jarang mendengar flash mob dan tidak tahu apa pun mengenainya tetapi budaya asing itu diimport sembrono demi memenuhi nafsu serakah seorang yang kecewa dikalahkan dalam gelanggang politik bernama Anwar Ibrahim.
 
Melalui konco-konconya yang mengikut sahaja apa kehendak bos mereka tanpa berfikir sejenak samada apa yang mereka lakukan memanfaatkan agama, bangsa dan negara.
 
Menjelang perhimpunan haram 505 terakhir yang pembangkang masih mendesak untuk diadakan di Padang Merbok, negara terus diancam dengan keadaan tidak menentu.
 
Demam PRU13 sudah lama kebah dansuhu kepanasannya pun turun ke tahap sejuk namun pembangkang terus menapi-apikan emosi rakyat supaya terus marah dan dendam terhadap rakyat.
 
Proses pilihan raya berjakan dengan aman dan baik dan pencapaian ini telahpun diakui oleh pemantau-pemantau di dalam dan luar negara.
 
Perdana Menteri sudah dilantik dan anggota Kabinet juga telah mengangkat sumpah jawatan dan menyimpan rahsia.
 
Kini sesi pertama persidangan parlimen ke 13 pula akan membuka lembaran baru apabila dirasmikan oleh DYMM SPB Yang Di-Pertuan Agong minggu depan.
 
Inilah keindahan amalan demokrasi berparlimen yang bertonggakkan kepada sistem raja berperlembagaan.
 
Begitu indah suasana politik negara ini sejak Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 tetapi kini keadaan politik negara menjadi runcing sejak Anwar muncul di persada politik.
 
Mungkin silap pemimpin terdahulu membawa beliau measuk ke dalam UMNO dan membuka-buka seluas-luas peluang kepadanya untuk mendaki tangga kerjaya politik sehingga amat hamnpir sekali kepada kerusi empuk Perdana Menteri.
 
Selama 16 tahun Anwar mengidamkan jawatan tertinggi pentadbiran negara itu tetapi takdir Ilahi akhirnya menentukan segalanya.
 
Masalah Anwar bukanlah tidak ada ketokohan atau kebolehan tetapi keengganan beliau menerima takdir dan redha terhadap untung nasib hidupnya yang ditentukan oleh Sang Pencipta.
 
Jika seseorang itu tidak redha terhadap yang diterima sepanjang hidupnya maka ia akan menjadi tidak keruan dan bertukar kepada individu yang penuh dengan kekecewaan dan hati yang membara dengan kemarahan.
 
Jika Anwar redha dengan kekalahan pakatan pembangkang yang diketuainya untuk menggantikan Barisan Nasional
sudah tentu keadaan politik negara akan lebih stabil dan rakyat mampu terus membina penghidupan yang lebih makmur.
 
Tetapi Anwar memilih untuk melawan takdir dan berharap takdir dapat dikalahkan.
 
Untuk tujuan itu beliau tidak berasa bersalah sedikit pun untuk mengheret siapa sahaja yang sanggup menggadaikan kewarasan mereka untuk mengikut telunjuk pemimpin yang sudah hilang arah ini.
 
Satu demi satu pembohongan direka dengan objektif supaya rakyat bangun memberontak untuk menumbangkan kerajaan.
 
Semarah mana rakyat yang telah dipengaruhi Anwar, namun mereka akhirnyakan kembali kepada landasan logik dan arah keagamaan apabila terdetik di hati kecik mereka ke mana negara ini akan di bawa Anwar.
 
Sebagaimana tarikh 5 Mei 2013 sudah berlalu, tarikh 22 Jun dan 24 Jun juga akan lenyap ditelan masa.
 
Persoalannya apakah mereka yang mahu menggunakan jalan raya sebagaimana penyelesaian terbaik bagi melempiaskan nafsu politik mereka sedar akan implikasi yang bakal ditinggalkan.
 
Kerajaan akan tetap utuh kerana ia diwujudkan atas satu proses demokratik yang diterimapakai oleh semua lapisan rakyat.
 
Sebesar mana badai politik yang cuba dibawa oleh Anwar menghempas di pantai demokrasi di negara ini, kerajaan yang sah dipilih rakyat dan mendapat mandat serta kepercayaan kuasa tertinggi negara yang melantik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tetap berdiri kuat dan teguh.
 
Anwar mungkin mengakhiri hayatnya sebagai pemimpin pembangkang yang akan kehilangan segalanya – maruah, integriti dan pengaruh.
Share this post :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Petang Hot - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger