Headlines News :
Home » » Selagi Ada Sekolah Vernakular, Selagi Itu UiTM Untuk Bumiputera

Selagi Ada Sekolah Vernakular, Selagi Itu UiTM Untuk Bumiputera

Written By petang hot on Sabtu, 22 Jun 2013 | 3:15 PG

PRU-13 telah membuktikan bahawa undi Cina tidak lagi signifikan bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional.   Dari situ juga, terbuktilah bahawa Melayu di luar bandar bukannya bodoh dan mudah diperdaya dengan dakyah pembangkang.
Yang jelas bodoh ialah Melayu liberal yang rata-ratanya tinggal di bandar kerana sanggup menggadaikan maruah dan bangsa sendiri untuk membuktikan mereka ‘moden’ dan terbuka.   Melayu liberal ini dengan bangganya membantu Cina mencapai matlamat untuk memusnahkan penguasaan Melayu dalam politik.  Mereka langsung tidak sedar bahawa rakan-rakan Cina mereka semakin kuat memperjuangkan bangsa Cina dengan megah tanpa bimbang dituduh ‘tidak moden’ atau tidak terbuka sepertimana mereka.
Begitu bodoh sekali Melayu liberal ini sehinggakan sanggup menyokong saranan SUARAM dan desakan kaum Cina agar membuka UiTM kepada bukan bumiputera.  Kononnya, UiTM adalah lambang rasisme melampau kerajaan yang diterajui UMNO. Kononnya juga sesiapa yang mempertahankan UiTM untuk bumiputera adalah kolot dan ketinggalan.
Namun, mereka tidak pula mempersoalkan UTAR sebagai rasis.  Atau yang penting sekali, Sekolah Vernakular yang bukan sahaja rasis, tetapi menyalahi aspirasi pendidikan negara.
Soalnya, kenapa harus ‘double standard’ dalam isu pendidikan anak-anak Malaysia?
Pelajar UiTM telah pun mencapai tahap dewasa tetapi pelajar Sekolah Vernakular merupakan kanak-kanak yang masih perlu dibentuk dan dipimpin.   Oleh itu, jika rasis yang menjadi tajuk perbalahan, maka tentulah lebih tepat dituding kepada Sekolah Vernakular.
Ini kerana pembentukan pemikiran dan keperibadian bermula dari kecil. Jika kanak-kanak sekolah diajar untuk tidak bergaul dengan kaum lain dan hanya menyanjung bangsa sendiri sebagai ‘paling hebat’ sambil menghina bangsa lain, maka itulah yang akan menjadi pegangan mereka sehingga dewasa.
Tahap pendidikan pelajar-pelajar di universiti pula bukan lagi berkisar tentang pembentukan peribadi atau pemikiran, tetapi lebih kepada persediaan menghadapi dunia luar.  Secara umumnya, pelajar-pelajar universiti sudah pun mempunyai pemikiran dan keperibadian sendiri serta tidak mudah lagi untuk diajar menjadi rasis atau apa jua.
Justeru, jika benar ingin mengekang rasisme, maka ia wajib bermula dari sekolah iaitu dengan menghapuskan Sekolah Vernakular. Hanya dengan penghapusan punca rasisme ini, maka barulah UiTM boleh dibuka kepada semua kaum.  Jika tidak, kaum bumiputera akan semakin ketinggalan dalam pelajaran dan terus dipijak oleh kaum rasis Cina di alam pekerjaan.
Hakikatnya, UiTM telah membantu mendekatkan jurang ekonomi antara kaum.  Justeru, sesiapa yang menentang polisi UiTM untuk bumiputera semestinya bukanlah seorang yang bijak.
Platform seperti UiTM yang membantu golongan miskin dan luar bandar dari segi pendidikan wajib diwujudkan bagi memastikan kesejahteraan dan kemakmuran sesebuah negara.   Di Malaysia, mereka yang termasuk dalam golongan ini adalah majoritinya bumiputera.
Membiarkan golongan ini bersaing secara sama rata dengan anak-anak bandar tentulah tidak adil memandangkan kemampuan dari segi kewangan dan juga pendedahan kepada maklumat serta akses kepada pembelajaran yang berkualiti, adalah terhad.  Namun, itu tidak bermakna mereka tidak bijak dan tidak layak mendapat pendidikan tinggi.  Buktinya, lulusan UiTM hari ini mampu bersaing dan berjaya sehingga ke peringkat antarabangsa.
Hari ini, UiTM mampu menempatkan sehingga 200,000 pelajar.  Bayangkan saja apa akan terjadi pada negara jika sebahagian besar dari golongan ini tidak dapat menyambung pelajaran dan tidak mampu mendapat pekerjaan.   Tentulah ia akan menimbulkan berbagai masalah pula kepada negara.
Kita sedia maklum bahawa kadar pengangguran yang tinggi adalah punca utama kepada kadar jenayah yang tinggi juga. Selain itu, tanpa UiTM, Malaysia mungkin terpaksa menerima kemasukan pekerja professional asing yang ramai dengan pendapatan yang berlipat ganda, bagi menampung keperluan industri negara.  Sudah tentu ini akan merugikan negara.
Lebih dari itu, sekiranya golongan miskin dan sederhana tidak dapat melanjutkan pelajaran kerana tidak berkemampuan, lama-kelamaan, mereka akan memberontak.  Pemberontakan di Mesir dan beberapa negara Arab lain adalah berpunca dari masalah yang sama iaitu rakyat berpendapatan rendah tidak mendapat peluang untuk memperbaiki hidup mereka.  Kemiskinan yang diwarisi sehingga ke beberapa generasi akhirnya akan menjadi beban kepada negara dan seterusnya kepada semua golongan rakyat.
Kerana itu, hujah NAIB Canselor/Presiden Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Tan Sri Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar bahawa kewujudan UiTM telah menyelamatkan negara kita adalah berasas.  Tanpa UiTM, pasti negara ini tidak akan mencapai tahap sepertimana hari ini, dan mungkin masih lagi berada dalam kategori negara dunia ketiga.
Justeru, inilah diingatkan agar golongan Melayu liberal jangan menjadi kakak tua kepada kaum lain semata-mata kerana ingin diterima mereka.  Gunakanlah akal untuk berfikir dengan lebih jauh dan mendalam akan kesan dan akibat dari apa sahaja yang dibangkitkan oleh kaum lain itu.  Jangan terlalu naïf, dan belajarlah membaca agenda tersirat dalam setiap isu.
Jika benar Melayu liberal lebih bijak dari Melayu kampung, Melayu UMNO atau Melayu Perkasa, maka buktikanlah kebijaksanaan itu.  Di mana bijaknya jika membiarkan orang memijak maruah kita?
Share this post :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Petang Hot - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger