SEPANJANG penulis membuat liputan beberapa himpunan anjuran pembangkang kebelakangan ini, rasanya Perhimpunan Blackout 505 inilah paling ‘lengang’ yang penulis pernah lihat.
Benar, masih ada beberapa jam sebelum himpunan sebenar bermula pada jam 2.00 dan sebelum ituperarakan bermula pada 12.00 tengahari, tapi pada waktu yang sama dalam himpunan-himpunan yanglepas, beberapa tempat berkumpul atau ‘port’ ini sudah pasti dipenuhi orang.
Tapi keadaan itu tidak berlaku sekarang.
Dari laporan yang penulis terima, beruk-beruk ini agak ramai di sekitar Masjid negara, itupunramai yang macam mana, baru beberapa ratus orang.
Kita perlu ingat, sasaran kehadiran dalam rusuhan kali ini adalah seramai 1 juta rakyat hadir memenuhi jalan-jalan untuk menumbangkan kerajaan BN secara kekerasan dan rusuhan jalanan. Denganperkembangan sekarang, penulis tidak nampak bagaimana sasaran itu dapat dicapai.
Apa pun sila ikut laman ini kerana laporan akan diberi dari masa ke semasa.
Catat Ulasan