INDEKS Pencemaran Udara (IPO) di Kuala Lumpur sekarang berada di sekitar 190 – 220 yang dikategorikan sebagai bahaya dan boleh mendatangkan ancaman kesihatan seperti gangguan penafasan dan sebagainya.
Justeru, banyak pihak termasuk Kementerian Kesihatan telah mengeluarkan amaran agar rakyat tidak mengadakan terlalu banyak aktiviti luar bagi memastikan kesihatan tidak terganggu.
Tapi Anwar Ibrahim lain pulak gaya dia.
Dalam pada menonjolkan diri sebagai pejuang rakyat, Anwar tidak pulak memikirkan kesihatan rakyat bila bertegas untuk meneruskan juga himpunan haram Blackout 505 sebentar nanti.
Nampak sangat gay tua ini sudah tidak peduli apa-apa lagi dah, yang penting pada dia sekarang ialah bagaimana untuk menjadikan dirinya sebagai Perdana Menteri dengan apa cara sekalipun. Tak dapat cara pilihanraya, dia guna cara jalan raya. Silap-silap kalau menang, Anwar jadi hantu raya terus.
Inilah masalahnya yang penulis pelik kenapa ada juga yang masih melihat Anwar ini sebagai pejuang rakyat?
Anwar bukan pejuang rakyat pun, dia hanya pejuang dirinya sendiri untuk jadi Perdana Menteri. Siapa nak mati, siapa nak sesak nafas, siapa nak sedut asap gas pemedih mata, Anwar peduli apa, yang penting dia nak jadi Perdana Menteri.
Penulis harap, UMNO dan seteru Anwar yang lain melihat aspek ini secara menyeluruh, bagaimana nak mengambil peluang ini untuk memantapkan UMNO dan BN dalam kempen-kempen yang akan datang. Kita perlu jelaskan kepada rakyat bahawa Anwar hanyalah mengutamakan dirinya sendiri.
Rakyat? Oh, itu untuk diperkudakan saja.
Catat Ulasan