Headlines News :
Home » » Dadah RM3.6 juta dirampas

Dadah RM3.6 juta dirampas

Written By petang hot on Selasa, 25 Jun 2013 | 11:26 PTG

Dadah RM3.6 juta dirampas
KUALA LUMPUR - Sindiket memproses dadah yang menjadikan rumah sebagai tempat operasi tidak bertahan lama apabila polis berjaya merampas dadah pelbagai jenis bernilai RM3.6 juta dalam beberapa siri serbuan di sekitar Selangor dan  Pulau Pinang minggu lalu.

Difahamkan sindiket yang aktif sejak tiga bulan yang lalu berjaya dikesan selepas salah seorang ahli sindiket berkenaan ditahan sebelum polis menyerbu sebuah rumah di Puchong dan menemui 14 paket syabu seberat 1.3 kilogram dan 5 paket heroin seberat 952 gram.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, serbuan kedua dilakukan 22 Jun di sebuah rumah di Jalan Klang lama, pihaknya turut merampas sepucuk pistol jenis Colt bersama kelopak dan 19 peluru kira-kira jam 12.30 pagi.

Katanya, pemeriksaan lanjut ke atas sebuah kenderaan jenis Volkswagen di hadapan rumah itu pula menemui empat beg yang mengandungi 100 bungkusan plastik berisi heroin seberat 45.6 Kilogram.

“Susulan daripada tangkapan pertama juga sebuah lagi makmal dadah ditemui di Petaling Jaya dan kita merampas 59 paket dadah heroin seberat 26.2 kilogram dan 2,030 biji pil eramin 5.

“Sementara itu, dalam operasi yang sama di Pulau Pinang pada 22 Jun antara jam 12.30 pagi, kita turut menahan empat orang dalam kondo berasingan di Bagan Dalam, Butterworth dan di Jalan Sungai, Georgetown, Pulau Pinang,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, semalam.

Menurutnya, lanjutan itu, pihaknya turut menyerbu makmal kedua di Jalan Harbour Place, Butterworth.

Dalam pemeriksaan itu, polis berjaya merampas sejumlah 30 ketulan heroin seberat 11.4 kilogram, 2.7 kilogram heroin dan dua bungkusan plastik kafein seberat 49 kilogram serta beberapa jenis kimia yang digunakan untuk memproses dadah.

Katanya, kesemua suspek berusia lingkungan 24 hingga 52 tahun dan direman untuk siasatan di bawah Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika disabit kesalahan.

Beliau berkata, hasil siasatan bekalan dadah berkenaan diedarkan di sekitar Lembah Klang dan Pulau Pinang di mana sindiket ini dipercayai bergiat aktif sejak awal tahun ini.

“Selain dadah, pihak polis turut merampas empat buah kereta jenis BMW, Volkswagen, Honda dan Mitsubishi yang dipercayai digunakan suspek, wang tunai RM551,840, Bath Thai 186,000 serta barang kemas,” katanya.
Share this post :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Petang Hot - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger