Headlines News :
Home » » DAP Bayar Blogger Pro UMNO Rosakkan Parti Dari Dalam

DAP Bayar Blogger Pro UMNO Rosakkan Parti Dari Dalam

Written By petang hot on Selasa, 25 Jun 2013 | 8:25 PTG


dap money
Perhimpunan Agung UMNO 2013 bakal menjadi medan perang pembangkang. Kita tahu bahawa kestabilan UMNO merupakan duri dalam daging pembangkang.  Mereka memikirkan cara terbaik untuk menghancurkan Melayu adalah melalui  cara menghancurkan UMNO dari dalam.  Pemimpin tertinggi UMNO bakal dilaga-lagakan bagi menghancurkan perpaduan Melayu sekaligus membolehkan bangsa Cina merampas Negara.

Semua ahli UMNO dan orang Melayu diseru supaya tidak terjerumus ke dalam taktik kotor pembangkang ini. Kita harus melihat dan menilai perkara ini dengan pemikiran yang cukup waras demi mempertahankan apa yang selama ini kita perjuangkan.

Bunga-bunga perpecahan mula kelihatan dan kedengaran. Ini lah yang amat ditunggu-tunggu oleh pembangkang.  Kita boleh baca rentak tari mereka yang telah merancang perkara ini dengan teliti.  Beberapa balaci yang terdiri dari ahli politik dan blogger pro UMNO telah dibayar untuk merosakkan UMNO dari dalam. Mereka telah mula berkias mengugut pemimpin tertinggi UMNO. Ini  perkara yang tidak sepatutnya berlaku.

Bagi mereka yang cuba melakukan acara mengipas dan “membodek” telah dan akan cuba bertindak untuk menolak diri mereka ke depan untuk menjadi wira kepada pemimpin tertentu dengan harapan akan diberikan jawatan sekiranya “BOS” mereka menang.

DAP telah berjaya mendapatkan sokongan padu bangsa Cina dengan menghancurkan kredibiliti  MCA yang selama ini menjadi tonggak kaum Cina di Negara kita. Apabila MCA Berjaya dihancurkan maka DAP mendapat laluan yang cukup mudah untuk meraih sokongan dan dokongan bangsa Cina yang berjaya mereka hasut.

Agenda merosakkan dan menghancurkan UMNO dari dalam sememangnya merupakan  senjata sulit pembangkang. Oleh itu kita bertanggungjawab untuk memastikan agenda jahat yang tersusun ini gagal dilaksanakan.

Semua ahli UMNO harus segera merapatkan syaf-syaf barisan kita dan menguatkan jati diri bagi menepis dorongan untuk tertipu dengan hasutan pembangkang  untuk melaga-lagakan kepimpinan UMNO.  Ingatlah UMNO berjihad pada asasnya adalah untuk berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara.  Ia juga yang memperjuangkan hak-hak istimewa orang Melayu dan orang Bumiputera.
Bersatu, Bersetia, Berkhidmat
Bersatu Kita Bersatu
Dengan Setia Berganding Bahu
Jiwa Teguh Berpadu
Kita Rumpun Melayu
Bersama Kita Bersama
Mendukung Hasrat Semua
Berjasa Pada Bangsa
Agama Dan Negara
Lambang Kita Yang Gagah
Dipandang Mulia Dan Indah
“Bersatu, Bersetia, Berkhidmat”
Cogan Katanya
UMNO Terus Mara
Untuk Rakyat Malaysia
Share this post :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Petang Hot - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger