AGAK memalukan bagi lidah pengarang parti yang mengaku berasaskan Islam dengan semborono mencipta angka untuk menggambarkan seolah-olah perhimpunan haram Blackout 505 yang dianjurkan pembangkang Sabtu lepas.
Sudahlah angka yang disebutkan jauh lari dari jumlah sebenar yang hadir, sama-sama dia pun boleh berlainan angka juga. Penulis merujuk perkara ini kepada edisi cetak Harakahdaily dan edisi onlinenya, Harakahdaily.net yang mana masing-masing memberikan angka berbeza akan jumlah kehadiran sebenar pada hari tersebut.
Harakah cetak kata 100,00, Harakahdaily.net kata 55,000 – perbezaan hampir separuh.
Tapi toksah tipulah, semua yang datang itu hari pun tau jumlah tak berapa ramai, tak tolak lagi budak-budak yang dibawak ibu bapa masing-masing untuk memenuhkan padang dan 7 tempat berkumpul yang telah ditetapkan.
Anwar belum berucap pun lagi, dah ramai yang meninggalkan padang untuk balik ke rumah masing-masing. Ini hakikat yang cuba dinafikan PAS dan Harakah. Penulis yang berada di lokasi menjangkakan hanya sekitar 5,500 orang sahaja yang datang berkumpul di padang Merbuk.
Tak payah tengok oranglah, tengok keadaan trafik pun dah tau dah. Adalah sesak sana sikit tapi bukan sebab orang, sebaliknya sebab lampu isyarat dan sebagainya.
Soal siapa nak ramal berpuluh-puluh ribu, itu masalah masing-masing dan ia bukan satu yang mengejutkan sebab taktik membesarkan angka ini memang kita dah biasa sangat. Stadium Merdeka yang boleh muat 40,000 orang itu pun, Anwar boleh pusing kata muat 300,000 orang, itulah bodohnya.
Dan ada masih juga ada orang percaya, itu lagi 10 kali pelik.
Tapi logiknya, kalau betul sangat apa yang Harakah cakap 100,000 orang datang, macam mana pulak Anwar kata perhimpunan Sabtu lepas adalah yang terakhir? Patutmya kalau ada begitu banyak sokongan sampai 100 ribu, diadakan lebih banyak perhimpunan, seminggu sekali pun tak mengapa.
Kemuncak kepada kepelikan itu, kenapa Anwar angkat sumpah semalam, eh bukan kata pilihanraya tak adil ke? SPR tipu ke?
Catat Ulasan