Headlines News :
Home » » Hina Rasulullah murtad bentuk baharu

Hina Rasulullah murtad bentuk baharu

Written By petang hot on Selasa, 11 Jun 2013 | 9:01 PTG

KOTA BAHARU - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyifatkan tindakan segelintir pihak menghina junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W menerusi laman sosial sebagai satu bentuk murtad baharu.
Jamil Khir berkata beliau melihat perkembangan terkini itu sebagai satu perancangan berstrategi pihak yang tidak senang dengan Islam, kerana tindakan itu bukan sahaja merobek keharmonian antara kaum, malah mampu memesongkan akidah umat Islam di negara ini.
"Jangan kita menganggap perkara ini (menghina nabi) mempunyai satu dorongan daripada pihak yang bukan Islam, tapi daripada kelompok-kelompok (pihak) yang tidak senang dengan Islam.
"Mereka cuba wujudkan suasana tegang kerana dengan keadaan seperti itu, golongan ini dapat melakukan banyak perkara buruk dan negatif terhadap negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Pegawai Tadbir Agama Daerah Peringkat Kebangsaan di sini, hari ini.
Sambil menegaskan pihaknya memandang berat isu itu, Jamil Khir berkata tindakan sewajarnya akan diambil terhadap pihak berkenaan melalui jawatankuasa pemantau yang ditubuhkan di peringkat negeri dan pusat. - BERNAMA
Share this post :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Petang Hot - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger