Terciptalah sejarah, sekaligus bagi mereka yang mempunyai akal fikiran yang dibukakan oleh Allah Taala, akan melihat sendiri tembelang dan belang Anwar Ibrahim yang selama ini cukup kuat menipu dan memperdayakan rakyat Malaysia semata-mata untuk kepentingan peribadinya atau lebih tepat lagi demi menjadi seorang Perdana Menteri Malaysia.
Sejurus selepas kegagalan demonstrasi di Padang Merbok, Anwar Ibrahim menyatakan Pakatan Rakyat tidak akan menganjurkan sebarang himpunan atau demonstrasi lagi. Seolah-olah dia sudah serik kerana sambutan yang diberikan terhadap himpunan di Padang Merbok amat mengecewakan.
Bagaimanapun, Anwar Ibrahim menegaskan bahawa dia tidak akan menutup mulut daripada mencaci Malaysia dan kerajaan kepada pihak asing, selagi mana dia akan terus diberikan sokongan dari pelbagai sudut dan bentuk.
Itu janjinya….
Beberapa hari sebelum hari angkat sumpah dan perlantikan Speaker Dewan Rakyat, Anwar bersuara juga. Katanya, Pakatan Rakyat mencadangkan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Abdul Kadir Sulaiman sebagai Speaker Dewan Rakyat yang baru walaupun sebenarnya cadangan itu membuang masa, memandangkan jumlah Ahli Parlimen mewakili Barisan Nasional jauh mengatasi jumlah Ahli Parlimen mewakili Pakatan Rakyat.
Namun Anwar Ibrahim yang licik cuba pula kaedah lain. Dia menuntut agar undian dijalankan secara rahsia dan ada nombor siri seolah-olah akan berlaku penipuan sepertimana dalam pemilihan CEC DAP mahupun pemilihan MPP PKR.
Menjelang dua hari sebelum hari angkat sumpah, Anwar Ibrahim ke Padang Merbok. Berapi-apiucapannya. Bersemangat seperti biasa walaupun air mukanya keruh apabila melihat lebih ramai peserta demonstrasi angkat kaki dan enggan mendengar ucapan skemanya. Selesai program berkenaan, Anwar Ibrahim menghamburkan kemarahan kerana pemimpin Pakatan Rakyat kebanyakannya enggan memberikan komitmen dalam menjayakan demonstrasi terbesar rakyat Malaysia menentang Kerajaan UMNO-BN.
Hadi Awang yang berjanji akan turun padang, tak nampak batang hidung. Para pemimpin PAS kecuali manusia seperti Mujahid Yusof dan Khalid Samad, lebih senang berada di Ibu Pejabat PAS Jalan Raja Laut daripada sama-sama berarak meredah jerebu tebal yang didatangkan Allah Taala dari arah selatan Semenanjung.
Itu cerita dua hari sudah…
Semalam, gerombolan yang diketuai oleh Chegu Bard, Harris Ibrahim, Aruchelvam dan Adam Adli dengan bertemankan Tian Chua menjadikan Padang Merbok sebagai lapangan untuk mereka berkhemah. Jam 4:40 pagi, penguatkuasa DBKL merobohkan khemah-khemah mereka dan tercetus pula provokasi sambil Tian Chua menyatakan, tindakan anggota-anggota penguatkuasa DBKL itu melanggar Akta Perhimpunan Aman.
DBKL terpaksa membuat laporan polis dan meminta bantuan polis agar menangani kedegilan kelompok manusia yang gemar menyalahgunakan undang-undang untuk kepentingan mereka.
Pagi tadi, mereka berarak dan melakukan kekecohan di luar Parlimen. Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor dicederakan. Alasan mereka hanyalah ingin menyerahkan memorandum tetapi tindakan mereka menyusahkan lebih ramai orang.
Pemilihan speaker Dewan Rakyat berjalan penuh kontroversi. Anwar Ibrahim tidak membuat usul sebab dia tahu, usul itu adalah usul bodoh. Sebaliknya dia mengarahkan si tongong yang jadi Menteri Besar Selangor untuk buat usul. Keputusan akhirnya berpihak kepada Pandikar Amin Mulia dengan keseluruhan undi wakil Barisan Nasional diberikan kepada Pandikar Amin Mulia.
Mahfuz Omar melalak melolong bagi pihak Anwar Ibrahim. Semuanya diungkit dan alasan kononnya, undi tidak dijalankan secara rahsia kerana Barisan Nasional takut ada Ahli Parlimen mereka yang khianat, dipopularkan. Sedangkan selama ini, itulah proses yang diamalkan di Parlimen sepanjang sejarah Parlimen Malaysia.
Kecoh lagi…
Tetapi sewaktu rehat tengah hari, Anwar Ibrahim bergelak tawa dan sungguh mesra dengan Najib Abdul Razak serta Muhyiddin Yassin!
Gelagatnya jelas menunjukkan para pengikutnya telah dikencing dan diberak di atas kepala masing-masing. Anwar sedikit pun tidak prihatin dengan semangat meluap-luap para penyokongnya sendiri!!!
Catat Ulasan