Senang sungguh Lim Guan Eng. Dia gagal dan dia tidak mahu bertanggungjawab tetapi kemudian dia menyalahkan UMNO dan Barisan Nasional. Walau apa cara sekalipun, walaupun persetujuan telah dibuatnya dengan Zahid Hamidi bahawa bencana di Pulau Pinang tidak perlu dipolitikkan, dasar chinabeng yang sangat menebal di hatinya, membuatkan lidahnya cukup lancar menyalahkan UMNO.
Katanya, disebabkan UMNO menyusahkan rakyat, maka Jalan MacCalister yang telah disiapkan oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang, tidak dapat dibuka dan digunakan. Ini adalah kerana UMNO masih tidak dapat menyiapkan kerja-kerja di Menara UMNO dan pembukaan jalan tersebut untuk kegunaan ramai, akan membahayakan pengguna.
Maka keluarlah perkataan-perkataan yang memang amat sinonim dengan lidahnya. UMNO BUAT KACAU, UMNO MENYUSAHKAN, UMNO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB dan sebagainya.
Para pecacainya pun akan segera menyambut kata-kata Lim Guan Eng itu dengan penuh gembira kerana sudah dapat peluru untuk tembak UMNO. Manakala puak-puak chinabeng yang memang tidak pernah peduli dengan segala maklumat dan hanya mempercayai apa yang dikhabarkan kepada mereka oleh para pemimpin DAP, juga akan turut menyibuk dan mengutuk mengeji UMNO yang kata mereka, telah berlaku zalim terhadap bukan Melayu.
Walhal, apa sebenarnya yang berlaku, bukanlah sepertimana yang cuba digambarkan oleh Lim Guan Eng dan pecacai-pecacainya.
Pemilik bangunan Menara UMNO adalah JKP Sdn. Bhd (JKP). UMNO merupakan penyewa di bangunan tersebut. Turut menjadi penyewa di bangunan tersebut adalah Majlis Agama Islam Pulau Pinang.
Lim Guan Eng menyatakan tidak puas hati berhubung kerja-kerja pembersihan yang dijalankan dan disifatkannya sebagai lembab serta tidak bertanggungjawab. Berhubung perkara berkenaan, JKP Sdn. Bhd. telah pun menghantar laporan kepada Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) pada tengah hari Khamis lalu kerana kelewatan mengalihkan kepingan besi yang runtuh itu.
Itulah sikap yang ditunjukkan oleh Lim Guan Eng. Dia akan menjadi lebih sibuk dan ‘kelihatan sangat bertanggungjawab’ apabila ada kematian melibatkan bangsa Cina.
Dalam kejadian berkenaan, seorang lelaki Cina sehingga kini tidak ditemui setelah keretanya terbenam dihempap menara penebat petir itu pada kedalaman lima meter.
Beberapa hari sebelum kejadian tersebut, dua orang lelaki Melayu terbunuh apabila susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang runtuh. Pada mulanya, Lim Guan Eng dan beberapa orang pemimpin DAP Pulau Pinang bukan main bising kerana menyangkakan yang mati itu adalah Cina, tetapi apabila mengetahui bahawa mangsa runtuhan tersebut adalah Melayu, hilanglah kelibat dan suara mereka.
Pada ketika itu, para pecacai Lim Guan Eng yang fasih berbahasa Melayu cuba menyalahkan Kerajaan Persekutuan memandangkan projek Jambatan Kedua Pulau Pinang adalah projek Kerajaan Persekutuan. Bagaimanapun, apabila didedahkan bahawa bahagian yang runtuh itu adalah di bawah pembinaan syarikat Cergas Murni Sdn. Bhd. yang dilantik oleh PDC yang dipengerusikan oleh Lim Guan Eng sendiri, Ketua Menteri Pulau Pinang itu cuba menggunakan kaedah biasa untuk membela dirinya, iaitu dengan menuduh media pro-UMNO cuba menfitnahnya.
Katanya, dia tidak terlibat. Cergas Murni Sdn. Bhd. tidak dilantik olehnya. Dia tidak ada kena-mengena dengan pembinaan berkenaan.
Yang tidak diterangkan oleh Lim Guan Eng adalah, dia merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang. Walaupun Jambatan Kedua Pulau Pinang merupakan projek Kerajaan Persekutuan, bahagian untuk Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga ada dalam projek tersebut.
Pada masa itu, dia tidak pula menuduh DAP menyusahkan rakyat Pulau Pinang. Dia tidak pula mengecam dirinya sendiri kerana cuba berputar belit walaupun secara sah, Cergas Murni Sdn. Bhd. merupakan lantikan daripada Penang Development Council (PDC) pada tahun 2010 yang pengerusinya adalah Ketua Menteri Pulau Pinang.
Hanya kerana yang runtuh dan membunuh lelaki Cina di Jalan MacCalister itu adalah dari bangunan yang berjenama UMNO, maka UMNO kata Guan Eng menyusahkan rakyat dan buat kacau!
Mengapa pula si penyewa yang dipersalahkan? Mengapa tidak dipersalahkan kepada pemilik bangunan berkenaan?
Lawak sungguh si Guan Eng ini. Dah tak ada apa-apa yang hendak diperkatakannya, maka dia pun tunjuk hebat dengan menyalahkan UMNO!
Catat Ulasan