TUN Mahathir adalah negarawan yang tidak pernah berhenti berkhidmat walaupun telah bersara dari jawatan dalam kerajaan 10 tahun dulu. Kata-kata dan cakapnya adalah azimat yang bisa jadi pencetus semangat dan dalam masa yang sama, pelemah semangat; bergantung di pihak mana yang kena.
Dalam isu terbaru ini, dimana Tun Mahathir dipetik sebagai menyesal kerana membenarkan kebebasan Internet yang galak dijadikan asas oleh pembangkang untuk mengatakan mereka menang di alam siber.
Dalam keadaan pembangkang tidak mampu terima keputusan mereka ditolak rakyat, andaian seumpama itu (pembangkang menang di alam siber) itu tak perlu diulas panjang, sebab memang jelas meleset. Anyway, kalau memang benar pembangkang menang di alam siber, kenapa Anwar tak angkat sumpah di Twitter atau Facebook?
Itulah lebih kurang bodohnya, sebab itu penulis kata tak payah ulas panjang.
Begitupun, kalau nak dihujahkan juga, penulis tidak rasa Tun Mahathir merujuk kenyataan tersebut kepada keputusan PRU13 yang lepas kerana logiknya BN menang, termasuklah dalam tafsiran tersebut segala jentera yang membantu kemenangan tersebut – tidak terkecuali jentera Internet yang mana penulis pun ada terlibat sama.
Yang penting untuk semua orang tahu, kita menang, walaupun pembangkang dakwa Red Bean Army tajaan mereka itu yang mendahului dari segala segi – satu kenyataan yang boleh dipertikaikan tapi kalau nak guna juga, soal balik kenapa pembangkang masih kalah?
Itu habis all out dah tu, tak mungkin all out dalam skala yang sama dapat diulang semula di masa hadapan dan dengan itu pun, pembangkang masih kalah juga
Justeru penulis tidak rasa orang sebijak Tun Mahathir merujuk ‘kekesalannya’ (kerana membenarkan kebebasan Internet), dengan keputusan pilihanraya umum yang lepas. Internet, seperti yang kita tahu luas, Tun Mahathir boleh merujuk kepada apa sahaja, seperti kebebasan mendapatkan bahan-bahan lucah, merbahaya, ganas, membuat fitnah dan sebagainya.
Pendek kata, kenyataan Tun Mahathir itu adalah tafsiran secara am dan mengenali Tun Mahathir, semua orang tahu cakap beliau ada maksud sarat yang kadang kala boleh jadi berselirat untuk ditafsirkan begitu sahaja. Nak-nak pulak jenis akal guna sekali sekala macam pembangkang, lagilah lain jadinya.
Justeru, jangan pening-peninglah balaci ooi, sejak bila pulak awak tu menyokong Tun Mahathir sehingga kenyataannya diagung-agungkan begitu rupa. Pemenang acara lari 100m, bukan ditentukan dari betapa bergayanya dia berlari atau cantik baju yang dipakai, tapi siapa yang sampai garis penamat dulu.
Tun Mahathir pun tahu.
Catat Ulasan