Malam tadi mungkin malam yang paling malang bagi pakatan pembangkang apabila program ceramah pra himpunan Blackout 505 yang dikenali sebagai Jelajah #SuaraRakyat505 “Final Countdown” Menuju #KL622 505 yang diadakan di dewan perhimpunan cina KLSCAH gagal mencapai sasaran yang dihasratkan.
Sambutan yang diterima agak hambar apabila hanya menarik perhatian sekitar 250 – 300 orang sahaja meski pun program tersebut sudah berminggu-minggu diwar-warkan kepada umum. Anggaran tersebut tak termasuk berpuluh-puluh lagi yang duduk melepak di luar dewan.
Pengerusi majis, Chegu Bard yang merupakan pemimpin PKR yang tewas di DUN Sungai Acheh pada PRU baru-baru ini dilaporkan terpaksa beberapa kali memanggil hadirin di luar dewan masuk untuk memenuhi kerusi-kerusi yang masih kosong.
Menurut beberapa orang rakan pro PR yang hadir di program tersebut masing-masing sependapat seperti wujud kesuraman sepanjang ceramah berlangsung walau pun para penceramahnya cukup bersemangat mengajak hadirin hadir beramai-ramai di perhimpunan hari ini.
Isi ceramah banyak berkisar pada serangan terhadap SPR terutama dalam isu dakwat kekal serta turut ditayangkan beberapa kompilasi video kononya bagi membuktikan wujudnya penipuan yang didakwa. Hampir kesemua penceramah menuntut SPR memikul tanggungjawab serentak dengan itu melepaskan jawatan masing-masing.
Sebahagian besar hadirin merupakan ahli dan penyokong PKR, terdapat juga beberapa kelompok kecil penyokong PAS dari golongan Anwarinas selain hanya segelintir penyokong DAP dan PSM yang turut kelihatan tampil memberi sokongan.
Kurangnya kehadiran penyokong PR keturunan Cina ada kemungkinan disebabkan ketidakhadiran seorang pun pemimpin DAP di program itu, bagaimana pun jika himpunan sebelumnya diambil kira biasanya golongan ini akan menonjolkan diri pada hari perhimpunan utama.
Secara umumnya program pra himpunan malam tadi boleh disimpulkan sebagai satu petanda jelas semakin kurangnya minat penyokong PR terhadap propaganda yang dimainkan pembangkang berhubung dakwaan penipuan dalam PRU-13.
Sementara itu rakan lain yang membuat tinjauan rambang di beberapa buah hotel di ibu negara kebanyakannya menyaksikan tempahan luar biasa untuk bilik penginapan. Ini menandakan kemungkinan pada perhimpunan Blackout 505 di Padang Merbok hari ini kebanyakan pesertanya adalah dari luar KL dan Selangor.
Berdasarkan luas Padang Merbok, misal kata keseluruhan ruang padang dan kawasan jalan sekitarnya padat dipenuhi petang nanti anggaran kehadiran terhampir mungkin sekitar 15,000 hingga 20,000 orang. Jika ada yang membuat jangkaan melebihi angka itu bermakna nampak sangat bohongnya.
Catat Ulasan