Headlines News :
Home » » Jonker Walk: Antara Rasisme (DAP) & Kepentingan Rakyat (BN)

Jonker Walk: Antara Rasisme (DAP) & Kepentingan Rakyat (BN)

Written By petang hot on Sabtu, 29 Jun 2013 | 12:12 PG

POLEMIK rasisme yang ditimbulkan DAP lanjutan dari keputusan kerajaan Melaka untuk menutup pusat penjaja di Jonker Walk, telah menyerlahkan isi perut sebenar parti rasis yang mengaku sebagai berbilang kaum itu.
Sementara kerajaan negeri Melaka membuat keputusan berkenaan untuk ‘melegakan’ kesesakan lalulintas yang diakibatkan oleh pembukaan Jonker Walk pada 2010, DAP pula memandang tindakan itu sebagai balas dendam kerajaan BN terhadap masyarakat Cina (akibat menolak BN dalam PRU13) yang membentuk kumpulan majoriti peniaga di Jonker Walk.
Menyerlahkan lagi kerasisan tersebut bila Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengancam untuk tidak membenarkan bazar Ramadhan dibuka di negeri tersebut pada bulan puasa yang akan datang.
Apa alasan untuk tidak membenarkan orang Melayu Pulau Pinang berniaga pada bulan Ramadhan, adakah sama dengan masalah yang berlaku di Melaka?  Dan apa kaitan pulak hal yang berlaku di Melaka dengan Pulau Pinang?  Kita cabar Guan Eng tutup Bazar Ramadhan, itupun kalau beranilah, jangan cakap saja lebih.
Lagipun, ini bukan pertama kali DAP menutup periuk nasi peniaga Melayu, sudah banyak kali tapi kurang diketengahkan.  Sementara orang Cina diberi sebesar-besar kebebasan untuk berniaga mengikut suka hati mereka di negeri yang mereka jajah.
Sekurang-kurangnya dengan berlaku penutupan Bazar Ramadhandi Pulau Pinang  ini, orang Melayu di seluruh negara akan semakin berat untuk mengundi DAP.  Sekarang pun dah berat, tambah dengan tindakan macam ini, lagilah berat.
Dari kejadian ini nampak jelas bahawa DAP memang sebuah parti rasis, menggunakan alasan rasis untuk menghasut orang Cina supaya tidak mengundi BN, dan bila cubaan itu gagal menumbangkan BN, DAP mengangkat hampir setiap keputusan kerajaan persekutuan/negeri berkaitan orang Cina sebagai isu rasis.
Semua ini dilakukan bagi menutup kegagalan (lebih kepada pembohongan) Anwar Ibrahim menghadirkan jumlah undi yang cukup dari orang Melayu dan orang India untuk menumbangkan kerajaan BN, bila mana DAP berjaya menghasut hampir 100% orang Cina untuk menyokong Pakatan Rakyat dalam PRU13 yang lepas.
‘Tragedi’ ini sepatutnya membuka mata banyak pihak yang enggan melihat DAP sebagai parti rasis. Banyak yang sudah disebutkan tentang perkara tersebut, tapi malangnya masih ada juga segelintir dari masyarakat kita, terutama orang Melayu yang tergamak memberi undi kepada parti rasis ini.
Share this post :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Petang Hot - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger