Headlines News :
Home » » PAS Sakit Jiwa FGV Bayar Dividen

PAS Sakit Jiwa FGV Bayar Dividen

Written By petang hot on Sabtu, 29 Jun 2013 | 12:08 PG

KETIKA mula-mula Felda Global Ventures Holding (FGVH) ditubuhkan, PAS adalah yang paling ke depan membantah penubuhan syarikat tersebut atas alasan menggadai hak dan tanah peneroka Felda.
Macam merekalah yang memperjuangkan peneroka sangat.
Selari dengan bantahan tersebut, ditubuhkan NGO haram yang kononnya mewakili generasi kedua Felda, ANAK yang diterajui Mazlan Aliman untuk membantah penubuhan FGVH.  Tidak ketinggalan, diseret beberapa orang peneroka untuk membawa kes ini ke Mahkamah sehingga berlaku kelewatan kepada penubuhan FGVH.
Cabaran dan dugaan ini tidak perlu yang di dalangi PAS ini bagaimanapun berjaya ditangani kerajaan, sehingga diakhirnya, peneroka yang sama juga ’menjilat-jilat’ imbuhan khas yang diberikan kerajaan dan Felda hasil dari pembentukan FGVH ini.
Mazlan Aliman sendiri gagal menyerlah dan tewas sebagai calon PAS bagi DUN Bukit Permai, Johor – kekalahan kali ke-4nya sejak mula bertanding sebagai calon PAS pada tahun 1999.
Sekarang, bila FGVH mengumumkan pemberian dividen kedua sebanyak RM 60.02 juta pada bulan Julai nanti, penulis yakin PAS akan terus terkedu dan berdukacita.  Mana tidaknya, syarikat yang mereka dakwa akan menggadaikan tanah peneroka, kini mula membayar dividen hasil keuntungan syarikat.
Menurut kenyataan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad semalam, setiap dari 112,635 peneroka di seluruh negara akan menerima bayaran dividen sebanyak RM 550.
Untung, itulah kata kuncinya kerana syarikat yang rugi tidak mungkin mampu membayar dividen kepada pemegang saham.
Jelas disitu PAS menipu dan membohong.  Semua yang dia sebut mengenai FGVH sebelum ini hanyalah mitos politik parti berkenaan semata-mata.  Malangnya masih ada juga sebahagian kecil peneroka termakan dengan dakyah ini disebalik segala macam penerangan yang telah diberikan kepada mereka.
Islam yang didakwa PAS menjadi asas perjuangan parti tersebut tidak mungkin menyokong penipuan dan pembohongan seperti yang dilakukan PAS dalam isu FGVH ini.
Malah, amat malanglah kepada sesiapa yang percaya kepada pembohongan tersebut (PAS parti berasaskan Islam).
Share this post :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Petang Hot - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger