Headlines News :
Home » » PAS Flip-Flop: Qariah Kelantan & Tilawah Al-Quran

PAS Flip-Flop: Qariah Kelantan & Tilawah Al-Quran

Written By petang hot on Rabu, 12 Jun 2013 | 6:22 PTG


Tilawah Al-Quran
Buat julung kalinya selepas 23 tahun, Kelantan kembali menyertai arus nasional apabila menarik balik larangan penyertaan qariahnya dalam Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Ke-56 yang kini berlangsung di Balai Islam Lundang, Kota Bharu.
Keputusan Kerajaan PAS Kelantan membenarkan penyertaan qariahnya kali ini adalah lanjutan kepada keputusan penarikan balik larangan mengenainya sebagaimana diumumkan pada 2012 oleh Nik Abdul Aziz Nik Mat yang ketika itu adalah Menteri Besar.
Ia sekali gus bertentangan dengan keputusan Kerajaan PAS Kelantan sejak 1990 yang mengharamkan penyertaan golongan wanita dalam Tilawah Al-Quran dengan alasan untuk menjaga aurat wanita dari segi suara.
Tiga tahun sebelumnya iaitu pada 2009, Nik Aziz masih kekal dengan pendirian yang sama apabila menegaskan kesungguhan PAS Kelantan untuk mengekalkan pengharaman tersebut di mana menurut Nik Aziz;-
“usaha tersebut dilakukan bagi menjaga aurat wanita dari segi suara walau pun ada pendapat mengatakan suara wanita itu khilaf pada pendapat sesetengah ulama, namun kita memilih mazhab yang berpendapat suara wanita itu aurat”.
Atas keyakinan keputusan yang dilakukan oleh PAS Kelantan adalah betul dan menepati ajaran Islam, maka pada tahun 2000, PAS yang menguasai Terengganu tika itu turut mengikut jejak langkah tersebut mengharamkan qariahnya menyertai Tilawah Al-Quran.
Peliknya di sebalik larangan tersebut, sejak dulu hingga sekarang boleh pula PAS berlapang dada melihat politikus wanita rakan sepakatannya misalnya melibatkan pimpinan wanita S46 (1990 hingga 1996) dan PKR (1998 hingga sekarang) berceramah di depan khalayak lelaki dan perempuan.
Sementara itu semakin ramai pula pemimpin muslimat PAS yang turut berceramah di pentas politik malah boleh pula berhujah dalam Dewan Rakyat di hadapan bukan muhrim tanpa timbulnya persoalan mengenai aurat suara mereka.
Entah mazhab apa yang dipegang oleh PAS yang membenarkan perbezaan tersebut, kita tidak tahu. Mungkin membaca Al-Quran di kalayak ramai satu dosa melibatkan pendedahan aurat suara, tapi bila berceramah politik ia satu keperluan untuk kepentingan agama.
Mana satu yang benar atau kedua-duanya salah hanya Nik Aziz dan PAS yang boleh jelaskan, namun yang nyatanya dalam apa konteks pun ia kontradiks antara satu sama lain.
Persoalan lainnya, jika dulu pada 1990 kemudian diikuti kenyataan Nik Aziz pada 2009, alasan aurat suara wanita diguna pakai untuk membenarkan pengharaman, maka apa pula justifikasi yang menyebabkan PAS berubah nada pada 2012 yang direalisasikan pada 2013?
Kita mungkin boleh membuat andaian bahawa PAS baru menemui hujah baru berdasarkan mazhab lain pula dalam merubah keputusan pengharaman sebelumnya, sama seperti PAS baru memperolehi kesahihan yang mana dalam Al-Quran tidak wujud ‘Negara Islam’.
Apa pun, perubahan ketara yang berlaku kini ia sebenarnya mencerminkan sikap PAS yang gemar flip flop tidak tetap pada satu pendirian, membuktikan PAS hanyalah parti politik duniawi yang boleh berubah mengikut kepentingan semasa.
Share this post :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Petang Hot - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger