Headlines News :
Home » » Perlantikan Hannah Yeoh Tidak Ada Kaitan Hargai Wanita

Perlantikan Hannah Yeoh Tidak Ada Kaitan Hargai Wanita

Written By petang hot on Ahad, 2 Jun 2013 | 12:32 PG


hannah
DAH sibuk di kalangan kera-kera penyokong pembangkang kononnya perlantikan ADUN Subang Jaya, Hannah Yeoh sebagai Speaker Selangor adalah satu bentuk penghargaan kepada kaum wanita.  Kononnya inilah mengasingkan wanita dalam pembangkang dengan wanita dalam BN.
Hakikatnya yang kera-kera ini tidak tahu, perlantikan Hannah Yeoh tidak ada kaitan langsung dengan penghargaan kepada wanita, pengiktirafan kepada wanita dan apa jadah lain yang boleh dikaitkan dengan itu.  Perlantikan Hannah Yeoh sebagai Speaker DUN Selangor adalah semata-mata satu kompromi antara PKR dan DAP setelah DAP tidak mendapat tambahan kerusi dalam Exco Selangor.
Walaupun DAP berkongsi jumlah kerusi DUN yang sama dengan PAS, 15 kerusi.
Jadi untuk compensate kekurangan itu, Hannah Yeoh diputuskan sebagai Speaker DUN yang baru menggantikan Datuk Teng Chang Khim yang merupakan Speaker bagi penggal sebelumnya.
Malah, jauh dari menghargai wanita, perlantikkan Hannah Yeoh ini juga dikatakan satu penghinaan kepada wanita.  Sebab kita tahu sajalah jawatan Speaker ni boleh buat apa sangat?  Mengikut undang-undang tubuh negeri, Speaker boleh dilantik dari kalangan bukan wakil rakyat pun!!
Disamping itu, mesti ada sebab kenapa Teng meninggalkan kerusi Speaker untuk diserahkan kepada Hannah dan menerima jawatan Exco.  Sebab dia tahu jawatan itu tidak ada kepentingan apa pun, berbanding kedudukan dalam Exco.  Atas alasan sama kenapa kita yakin Teng meninggalkan jawatan tersebut untuk dikendalikan oleh Hannah.
Lagipun banyak cakap dan cadangan Speaker ini tidak dipedulikan kerajaan negeri.  Jawatankuasa ada macam-macam jawatankuasa, tapi haram satu pun tak berjalan.
Bagaimanapun yang lebih penting ialah, perlantikan ini tidak ada kaitan dengan nak menghargai peranan wanita seperti yang kera-kera pembangkang laungkan, ini semata-mata kompromi politik, tidak lebih dan tidak kurang.
Share this post :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Petang Hot - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger