Headlines News :
Home » » PR Itu Ganas & Memang Bangsat

PR Itu Ganas & Memang Bangsat

Written By petang hot on Selasa, 25 Jun 2013 | 8:30 PTG


IMG-20130624-WA0062[1]
Semasa himpunan Blackout 505 di Padang Merbok tiga hari lepas, seluruh dunia dapat melihat bagaimana para penyokong bertindak kurang ajar menghalau kemudian mencederakan pula pegawai penguatkuasa DBKL yang menjalankan tugas.
Jaminan pemimpin PR dan penganjur kononnya himpunan itu akan berlangsung aman manakala pesertanya akan sentiasa menjaga tingkah laku masing-masing nyata hanya sekadar janji manis untuk mengabui mata umum semata-mata.
Peristiwa di petang Sabtu itu cukup untuk membuktikan budaya ganas dan kurang ajar yang serba bangsat memang sudah sebati dengan penyokong PR gara-gara wujudnya ketidakstabilan emosi selepas seringkali dihasut oleh pemimpinnya.
Selepas kejadian ganas itu mungkin ramai yang mengharapkan tiada lagi keganasan akan berlaku, tapi harapan tinggal sekadar harapan bila mana keganasan yang hampir sama berulang pula di hadapan Parlimen pada pagi Isnin semalam.
Sekumpulan penyokong PR yang asalnya berkhemah di Padang Merbok berkumpul dan melakukan provokasi mencabar pihak berkuasa yang mengawal keselamatan mengakibatkan seorang anggota polis cedera di muka sewaktu menghalang kumpulan pengganas ini yang cuba merempuh Parlimen.
Ini semua mengingatkan kita kepada keganasan penyokong PR semasa demonstrasi Bersih 3.0 pada 28 April 2012 di mana berbelas orang anggota polis dicederakan sementara sebuah kereta peronda polis pula dibaling dengan pelbagai objek dan diterbalikkan.
Segala unsur keganasan ini bermula dari perhimpunan yang didakwa aman untuk menyuarakan bantahan tapi resam manusia bila mana berkumpul beramai-ramai ditambah semangat bergelora hasil hasutan pemimpin politik dan NGO, kesudahannya keganasan yang bermaharajalela.
Kita tak tahu sampai bila senario sebegini akan berterusan dan bila ia akan berakhir, kemungkinan untuk beberapa tahun mendatang selagi mana polisi PR kekal sedemikian selagi itulah rakyat akan resah dan hidup dalam ketakutan.
Share this post :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Petang Hot - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger