Usahlah kita termakan dengan lakonan hebat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang penuh bergaya serta mimik wajah yang ‘suci’ ketika mengangkat sumpah menjadi Ahli Parlimen pagi semalam.
Di awalnya, Anwar mencanang hebat hinggakan mahu satu dunia mengetahui pembangkang akan terus memboikot pembukaan sesi taklimat penerangan parlimen sebelum ini.
Juga, begitu lantang memberitahu akan memulaukan sesi angakat sumpah yang berlangsung hari ini sebagai tindakan memprotes keputusan PRU13 pada Mei lalu.
Namun, Anwar membuat pusingan U pula di saat-saat akhir apabila hadir bersama-sama pemimpin PR yang lain untuk mengangkat sumpah.
Semua mengetahui, Anwar sudah malu apabila usaha memprotes keputusan pilihan raya yang dilakukan melalui cara siri demonstrasi himpunan bantah ‘Blackout 505′ pada 22 Jun lepas tidak berhasil.
Anwar gagal mengumpulkan pencacai-pancacai PR seramai 100,000 orang berhimpun dan berkhemah di Padang Merbok.
Jadi, demi meraih kepercayaan dan sokongan rakyat terhadap PR, Anwar berlakon yang kononnya terpaksa menghadiri upacara angkat sumpah di Parlimen.
Kebenarannya, dari tindakan Anwar itu memperlihatkan parti pembangkang sebenarnya sudah pun menerima hakikat kemenangan UMNO dan BN dalam PRU13 lalu.
Kenyataan itulah yang harus dilihat dan diperhatikan oleh rakyat kerana selama ini Anwar hanya mempergunakan rakyat demi kepentingan dan nafsu peribadi dirinya sendiri.
Biarpun Anwar dan kuncu-kuncunya sudah pun mengangkat sumpah, itu tidak bererti beliau akan terus mendiamkan diri dari meneruskan agenda protes kemenangan BN dan menumbangkan kerajaan.
Percayalah, bermulanya saat beliau berlakon menjadi ‘suci’ dalam dewan Parlimen, sebenarnya Anwar sudah rancak merancang pelbagai agenda dan muslihat untuk terus menggulingkan kerajaan.
Dendam Anwar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah padam walaupun kelibat dirinya dilihat duduk semeja menjamu selera bersama dengan pemimpin yang disegani rakyat itu.
Lihat sahaja bertapa liciknya perancangan Anwar sejak sebelum PRU13 berlangsung lagi. Anwar sudah mengheret Najib dengan pelbagai isu politik agar Najib tidak punyai masa mentadbir negara dan hanya memberikan fokus kepada isu-isu politik sahaja.
Sejak lima tahun lepas, Anwar sentiasa menganggu urusan pentadbiran Najib dengan mencipta kekecohan melalui perhimpunan-perhimpunan haram yang juga melibatkan emosi dan perasaan rakyat untuk terus membenci pihak kerajaan.
Ia berterusan dengan tindakan kotor Anwar yang dapat dihidu sebelum menjelangnya hari pembuangan undi di mana beberapa kumpulan telah diupah oleh Anwar dan PR sendiri untuk mencipta kekecohan pada hari itu.
Selepas keputusan undi diperolehi, Anwar tidak senang duduk dan terus menggerakkan gerakan reformasi menghasut rakyat supaya tidak menerima keputusan SPR dengan hati terbuka.
Lama-kelamaan, tindakan memprotes berterusan dengan mencipta himpunan ‘Blackout 505′ yang kononnya bersumberkan fitnah di mana telah berlakunya genjatan elektrik sewaktu pengiraan undi sedang dilakukan.
Natijahnya, gerakan ‘Blackout 505′ yang cuba digerakkan oleh partinya menerima sambutan yang bercampur baur di kalangan penyokong pembangkang sendiri.
Inilah usaha yang tidak pernah padam untuk dilakukan oleh Anwar. Selagi impian dan hasratnya tidak tercapai, selagi itulah Anwar akan terus menganggu Najib dan kerajaan dengan isu-isu politik yang tidak munasabah.
Cuma sekarang ini, pendekatan Anwar untuk mengacau pentadbiran kerajaan sudah dapat diagak kerana ia tidak pernah berubah. Mengutuk, mengeji dan juga meracuni pemikiran rakyat terhadap institusi politik negara adalah jenama strategi Anwar.
Cara yang sama juga akan Anwar gunakan untuk tempoh 5 tahun akan datang ini sebelum PRU14 pula berlangsung. Tidak mustahil!
Catat Ulasan