PETALING JAYA - Tahukah anda, hampir 80 peratus masalah kebutaan berpunca daripada katarak, yang menyebabkan kanta mata ditutupi selaput, jika tiada rawatan seperti pembedahan mata tidak dilakukan pada peringkat awal, risiko menjadi buta adalah tinggi.
Lazimnya, masalah ini berlaku disebabkan proses penuaan, namun ada yang berlaku kepada bayi yang baru dilahirkan dikenali sebagai katarak kongenital.
Kebiasaannya seseorang dijangkiti katarak akan mula mengalami kekaburan penglihatan dan silau apabila melihat cahaya terang. Jika dahulu semua aktiviti mudah dilakukan seperti melihat paparan telefon bimbit atau membaca surat khabar tetapi kini penglihatan semakin tidak jelas.
Katarak hanya boleh dirawat melalui pembedahan dan jika melakukan pembedahan di hospital swasta, pesakit terbabit memerlukan perbelanjaan antara RM3,000 ke RM4,000.
Bagi golongan kurang berkemampuan, pastinya bimbang dengan kos rawatan, tetapi dengan adanya Klinik Mata Lion, pesakit katarak mempunyai alternatif mendapatkan rawatan sama ada secara percuma atau kadar bayaran yang lebih murah daripada kadar pasaran.
Sejak dibuka pada Februari 2009, Klinik Mata Lion menyediakan perkhidmatan pembedahan percuma kepada pesakit mata katarak, secara tidak langsung membantu mereka yang benar-benar memerlukan.
Pengerusi Klinik Mata Lion, Dr JP Kamalanathan berkata, matlamat klinik adalah untuk merawat semua jenis penyakit mata dan melakukan pembedahan katarak dan pembedahan kecil yang lain.
“Perkhidmatan ini adalah untuk pesakit di seluruh Malaysia dan kami memberikan secara percuma kepada pesakit yang miskin.
“Klinik ini bukan bermotifkan keuntungan tetapi kita juga menjangkakan pelanggan yang datang membayar supaya wang itu boleh digunakan untuk pesakit yang memerlukan,” katanya.
Lebih daripada 80 peratus daripada pesakit yang mendapatkan rawatan sama ada diberi secara percuma atau pada kadar subsidi dan klinik ini juga mempunyai pesakit yang bayar kadar normal.
Sehingga 31 Mei tahun ini, seramai 3290 pesakit mendapatkan rawatan pesakit luar, dengan 579 daripadanya telah menjalani pembedahan.
Klinik Mata Lion terletak di Universiti Mahsa di Jalan Universiti di Petaling Jaya, dibuka secara rasmi pada Februari 2009 oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai. Klinik dibuka Isnin hingga Jumaat dari jam 9 pagi hingga 5 petang.
Menurut Dr Kamalanathan, idea untuk memulakan klinik mata ini berlaku sekitar Julai tahun 2008.
“Kami merancang untuk mengumpul RM1 juta tetapi dengan kemurahan hati Kelab Lion dan rakan-rakan Lion, kami berjaya mengumpul dana RM1.3 juta dalam tempoh enam bulan,” katanya.
Walaupun klinik itu yang telah ditubuhkan oleh Kelab Lions kerjasama Universiti Mahsa, masih banyak dana diperlukan bagi menyediakan penjagaan mata percuma atau subsidi yang tinggi dan pembedahan katarak.
Bagi melanjutkan perkhidmatan, Klinik Mata Lions melancarkan program penajaan dipanggil “Gift of Sight”, untuk individu yang berminat untuk menaja kos operasi katarak kepada pesakit miskin.
Penajaan boleh dilakukan untuk orang tersayang atau peristiwa yang istimewa seperti hari lahir atau ulang tahun.
Kepada pihak yang menaja, plak penghargaan penghargaan juga diberikan kepada Kelab Lion dan individu yang sebelum ini telah membuat sumbangan kepada program “Gift of Sight”.
Terbaru, Kelab Lion akan melancarkan perkhidmatan rawatan mata, “Sight for kids program” kepada 50,000 murid sekolah rendah di seluruh negara. Dengan perkhidmatan ini, kanak-kanak yang dikenal pasti perlukan kanta
mata akan diberikan bantuan kaca mata.
Kepada mereka yang ingin menderma kepada program “Hadiah Sight” dan sebarang pertanyaan boleh hubungi 03-7957 5268 atau e-mel kepada lionseyeclinic@gmail.com.

Catat Ulasan