Headlines News :
Home » » Siapa Anwar Untuk Pertikai Titah DiRaja?

Siapa Anwar Untuk Pertikai Titah DiRaja?

Written By petang hot on Rabu, 26 Jun 2013 | 11:17 PG


Anwar sivaji the boss
Bukan saja menjadikan pembohongan sebagai “makanan ruji” hariannya, kini Anwar Ibrahim yang baru saja ditabalkan DAP sebagai Ketua Pembangkang telah mengampuhkan lagi serangannya bagi melemahkan kedudukan institusi Raja-Raja Melayu di negara kita.
Terbukti sikap derhaka dan “Si Kitul”nya apabila dengan biadap dia menyatakan pada media bahawa titah DYMM Yang DiPertuan Agong pada ucapan pembukaan sidang Dewan Rakyat semalam disampaikan di dewan itu untuk dibahas dan bukannya arahan.
“Dalam amalan demokrasi berparlimen, titah (Yang di-Pertuan) Agong bukan arahan, ia adalah untuk dibahaskan. Kalau arahan buat apa nak dibahaskan. Tuanku berucap berdasarkan usul Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak), kita akan pertimbangkan di Parlimen dan bahas,” – Anwar Ibrahim, 25 Jun 2013.
Sebelum ini, Anwar juga pernah menuduh DYMM Yang DiPertuan Agong seolah-olah menjadi boneka BN apabila baginda menitahkan sekalian rakyat supaya menerima keputusan PRU ke-13 dengan hati yang terbuka tanpa sebarang pertikaian.
Paling biadap, Anwar mendakwa bahawa teks titah DYMM Yang DiPertuan Agong itu disediakan oleh Pejabat Perdana Menteri dan baginda hanya perlu membacanya di hadapan rakyat.
Mujurlah Timbalan Speaker Dewan Rakyat ketika itu, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, menafi dan menegaskan bahawa titah baginda itu datangnya dari Istana Negara dan tiada kena mengena dengan Pejabat Perdana Menteri.
Pada saya, tuduhan dan pertikaian Anwar terhadap titah DYMM Yang DiPertuan Agong itu adalah satu kenyataan biadap yang cuba “diimplan” Ketua Pembangkang itu dengan tujuan supaya rakyat membenci dan memandang rendah pada institusi Raja-Raja Melayu.
Baru sehari dia mengangkat sumpah di dewan yang bernaung di bawah DYMM Yang DiPertuan Agong, hari ini dia sudah berkurang ajar, derhaka pada baginda.
Untuk pengetahuan Anwar, DYMM Yang DiPertuan Agong itu sudah dua kali ditabalkan ke jawatan tertinggi negara itu dan saya yakin baginda belum pernah jumpa seorang Ahli Parlimen sebiadap seperti Anwar Ibrahim dan konco-konconya.
Apakah Anwar fikir DYMM Yang DiPertuan Agong tidak punya kuasa untuk menolak sebarang usul dari Perdana Menteri?
Sekiranya Perdana Menteri senaraikan sejuta usul sekalipun pada DYMM Yang DiPertuan Agong, tetapi baginda enggan bertitah mengenai usul-usul tersebut, saya yakin ia tidak akan dititahkan di dalam Dewan Rakyat.
Tiada siapa pun yang dapat memaksa DYMM Yang DiPertuan Agong bertitah mengikut telunjuk atau kemahuannya kerana baginda merupakan antara Raja-Raja Melayu yang berpengalaman dan bijak memikirkan masa depan Islam, bangsa dan negara.
Mungkin Anwar sengaja “menyerang” titah DYMM Yang DiPertuan Agong itu kerana hatinya tersinggung dengan sindiran tajam yang mahu semua pihak menerima keputusan PRU ke-13 tanpa sebarang pertikaian.
Mungkin hati Anwar terlalu pedih apabila memikirkan titah itu seolah-olah ditujukan tepat ke dahinya apabila baginda menyeru supaya tidak mempersoalkan kedudukan agama Islam bagi kepentingan mana-mana pihak.
Saya yakin, serangan Anwar terhadap institusi Raja-Raja Melayu tidak akan terhenti semalam sahaja. Dia akan lancarkan beberapa lagi serangan terhadap institusi “payung negara” itu dari masa ke semasa.
Kita sebagai rakyat Malaysia yang patuh pada perlembagaan dan rukunegara wajar berjaga-jaga dengan propaganda “api kebencian” Anwar itu dan memastikan kedaulatan Raja-Raja Melayu tidak tercemar dan terus terpelihara kukuh dipersada negara. Daulat Tuanku!
Share this post :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Petang Hot - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger