Headlines News :
Home » » SPR Hanya Telus Jika PR Menang Kerusi Di 13 Negeri

SPR Hanya Telus Jika PR Menang Kerusi Di 13 Negeri

Written By petang hot on Ahad, 23 Jun 2013 | 8:03 PTG

Dalam menghadapi hari yang panas serta menahan mata pedih akibat jerebu semalam, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Idris Ahmad menyatakan pendiriannya menyertai ‘Blackout 505′ adalah tetap tidak berpuas hati dengan SPR.
Keputusan PRU13 pada 5 Mei lalu di mata Idris yang dijalankan dan dikeluarkan oleh SPR adalah tidak telus. Sekali gus, menyatakan SPR tidak bersih.
Itulah pendirian yang acap kali dibawa oleh PR hinggakan mencetuskan kekecohan dan membuat beberapa siri himpunan ‘Blackout 505′.
Kita semua sedia maklum, sejak pilihan raya yang sudah lama berlalu, pelbagai fitnah dilemparkan kepada SPR iaitu berlakunya salah kira undi dan insiden ‘blackout’ telah berlaku ketika pengiraan undi sedang dilakukan.
Dalam kesibukan untuk meraih perhatian umum, Idris memberikan kenyataan SPR tidak telus kerana PR hanya menang 3 kerusi di 3 negeri sahaja.
“Mereka sering mendakwa kalau tak telus, bagaimana boleh menang tiga negeri?”
Nampaknya, rasa tidak puas hati atas kemenangan yang PR kecapi masih lagi terbawa-bawa hingga kini.
Kata Idris, sekira PR menang ke semua 13 negeri, barulah SPR dikira sebagai telus dan bersih.
“Kita kata, sebab tak telus, kita menang tiga negeri. Kalau telus, 13 negeri kita menang,” dakwanya.
Satu kenyataan yang tidak masuk akal untuk Idris fikirkan.
Kerana, kalau difikir secara logik, selagi PRU berlangsung di negara ini dan PR tidak memenuhi kuota menang untuk 13 negeri, selagi itulah SPR akan dianggap tidak bersih dan telus.
Kalaulah dikatakan PR menang 12 kerusi sahaja di DUN dan Parlimen setiap negeri dalam pilihan raya akan datang, mungkin akan keluar lagi kenyataan SPR tidak bersih dan telus.
Selagi itulah himpunan protes dan bantahan tetap dijalankan oleh pembangkang.
Sampai ke sudahlah permintaan yang bukan-bukan dari PR akan berterusan. Yang menjadi mangsa, rakyat Malaysia sendiri yang ada segelintirnya tidak bijak menilai kata-kata dan tindakan pemimpin yang ‘selfish’ dalam parti pembangkang.
Share this post :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Petang Hot - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger