Headlines News :
Home » » SPR Kecewa Dengan Jabatan Peguam Negara

SPR Kecewa Dengan Jabatan Peguam Negara

Written By petang hot on Jumaat, 21 Jun 2013 | 1:20 PG


hehe
Oleh Zul Rawi
Ramai yang sering menuding jari kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan melemparkan pelbagai tuduhan baik di kalangan pakatan pembangkang mahupun penyokong kerajaan Barisan Nasional (BN). Seperti yang diketahui umum, pakatan menyalahkan SPR yang dikatakan bersekongkol dengan Pejabat Pendaftaran Negara sehingga berjaya memberi kemenangan kepada parti pemerintah dalam pilihan raya yang lepas.
Manakala di pihak penyokong kerajaan, kesalahan di letakkan ke atas bahu SPR kerana dikatakan bersikap lemah kerana gagal mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap mereka yang melemparkan fitnah sehingga menimbulkan persepsi buruk di kalangan masyarakat.
Menjawab pertanyaan salah seorang peserta di majlis syarahan bertajuk ‘PRU13: Terima Keputusan Rakyat’ di Kuala Lumpur hari ini Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar mengatakan SPR sebenarnya berada dalam keadaan yang serba salah. Ini kerana SPR adalah sebagai sebuah suruhanjaya yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong sebarang tindakan yang ingin di ambil perlu di teliti bagi menjaga nama dan integriti institusi tersebut.
Oleh yang demikian, adalah sewajarnya pihak SPR di pertahankan oleh Jabatan Peguam Negara. Namun apabila perkara itu diutarakan pihak Jabatan Peguam Negara menyarankan agar SPR menggunakan khidmat guaman dari luar dan membiayai sendiri semua kos yang berkaitan.
“(Oleh yang demikian) SPR buat keputusan untuk membuat laporan polis dan biar polis membuka kertas siasatan berhubung perkara yang dibangkitkan’ katanya.
“Kalau ambil tindakan saman, ia akan menyebabkan jumlah saman yang banyak kerana hampir setiap hari SPR diserang dengan pelbagai fitnah. Sebagai contoh apabila rujuk Suara Keadilan (lidah rasmi PKR) dari muka depan sampai belakang semua yang melibatkan SPR adalah fitnah, begitu juga dengan Harakah dan Roket.
Namun di masa yang sama, Wan Ahmad turut melahirkan kekecewaan apabila sehingga kini semua laporan polis yang dibuat tidak menampakkan sebarang hasil seperti yang diharapkan. Keadaan itu telah menyebabkan SPR berada dalam satu keadaan yang tersepit.
“Apabila SPR meminta untuk mengemukakan saman, pihak Jabatan Peguam Negara menyarankan agar kami cari dan biayai sendiri peguam yang dilantik tetapi apabila membuat laporan polis (bagi membolehkan kes tersebut diwakili oleh pihak Jabatan Peguam Negara) ia seperti tiada sebarang tindakan.
“Saya harap sangat selepas laporan polis yang dibuat (dan selepas siasatan dilakukan), pihak Jabatan Peguam Negara akan terima kertas siasatan tersebut dan mengambil tindakan yang sewajarnya (membuat pendakwaan terhadap mereka yang bertanggungjawab)” jelasnya lagi.
Kesimpulannya pihak Peguam Negara seharusnya mempertimbangkan dan mengetepikan kerenah birokrasi atau sekurang-kurangnya mencari jalan penyelesaian agar perkara ini dapat diselesaikan segera. Ini kerana sekiranya perkara ini tidak di tangani dengan segera akan menimbulkan pelbagai persepsi buruk sehingga menyebabkan rakyat termakan dengan semua dakyah yang dilemparkan.
Dalam erti kata mudah, Peguam Negara segera memikirkan jalan yang terbaik untuk menyelesaikan isu yang telah lama membungkam ini dan bukannya menjadi seperti agen pembangkang yang saban hari menekan kerajaan dengan pelbagai isu yang sengaja direka cipta.
Apa yang boleh dikatakan ia tak ubah seperti kata pepatah, kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan.

Share this post :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Petang Hot - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger