Headlines News :
Home » » Zaid Ibrahim Cadang Husam Sebagai Presiden PAS

Zaid Ibrahim Cadang Husam Sebagai Presiden PAS

Written By petang hot on Khamis, 20 Jun 2013 | 2:12 PTG


ANWARINAS
Angin tak ada ribut pun tidak, tak semena-mena bekas calon Timbalan Presiden PKR, Zaid Ibrahim muncul dengan cadangan bombastiknya supaya Husam Musa diangkat sebagai Preiden PAS menggantikan Abdul Hadi Awang.
Menurut Zaid seandainya cadangan itu direalisasikan ia akan membawa perubahan besar dan membolehkan PAS maju ke depan sekali gus mempengaruhi hala tuju pakatan pembangkang.
“Saya fikir masa depan Pakatan bergantung kepada di mana Husam Musa ditempatkan. Maksud saya, PAS mesti dipimpin oleh Husam baru ada progress (kemajuan). Tanpa progressdalam PAS, Pakatan juga akan hadapi jalan buntu.” (Zaid Ibrahim, Mkini, 19 Jun 2013)
Kelihatannya ramai ‘penyokong PAS’ yang bersetuju dengan saranan dan pandangan yang dikemukakan oleh Zaid, senario ini tentunya menyebabkan Husam bangga tersengih sampai ke telinga melihat respon sedemikian.
Seimbas lalu membaca pelbagai respon oleh ‘penyokong PAS’ ia seperti mencerminkan Husam mempunyai sokongan akar umbi yang melayakkannya untuk mengambil alih jawatan yang disandang oleh Hadi. Bacaan awal kelihatan begitulah.
Tak sia-sia Husam bertanding di Parlimen Putrajaya tempohari walaupun tewas teruk, tapi setidak-tidaknya matlamat utama mempromosikan diri bagi mengintai peluang ke jawatan yang lebih tinggi dalam PAS berjaya juga.
Bagi sesetengah khalayak mungkin mempersoalkan siapa Zaid untuk menentukan kepimpinan PAS tapi ketahuilah walau pun Zaid bukan lagi secara rasminya sebahagian dari PR, tapi rentak tarinya tetap mengikut arahan dari dalam PR.
Untuk seketika barangkali Husam akan sengaja berdiam diri dari mengulashttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgSZtD9guq1nodMZ_ULWr7rJyABaXJX_cAGGvH7tKCDVeLW3Ag-Lzqo3v_EMCdCPBnrg9aegc2LLR39JSBUaASnciGhZyRu8d4OiXOopGzeMFKKB5wjee5m2cvKWAjHtqgdHBm0S8WdZZxi/s1600/AnwarHusam.jpgsaranan Zaid itu bagi melihat sejauh mana reaksi positif yang akan diterimanya sebelum membuat keputusan muktamad hala tujunya kelak menjelang pemilihan PAS November ini.
Jika keadaan semasa tika itu tidak begitu memihak kepadanya, Husam ada pilihan sama ada kekal mempertahankan jawatan Naib Presiden yang disandangnya atau meneruskan agenda lama mencabar Mat Sabu untuk kedudukan nombor dua dalam PAS.
Yang pastinya, lambat laun arah tuju Husam tetap akan tertumpu pada jawatan Presiden PAS, kerana itu adalah matlamat Husam dan itu jugalah pengharapan sekian lama yang dipertaruhkan oleh sang mentor yang sentiasa di belakangnya.
Share this post :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Petang Hot - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger