Headlines News :
Home » » Boikot PRK: PAS & PKR Patut Ikut Cadangan DAP

Boikot PRK: PAS & PKR Patut Ikut Cadangan DAP

Written By petang hot on Selasa, 2 Julai 2013 | 12:26 PG


prk_KB
SEMUA orang pembangkang yang penulis temui, bersetuju bahawa PRU13 yang lepas tidak adil, ada penipuan dan sebagainya.  Walaupun mereka tidak ada bukti apa yang dikatakan penipuan dan tidak adil itu, tapi bodoh-bodoh ini tetap yakin ada penipuan sebab ”Anwar cakap macam itu?”.
Kalau Anwar cakap dia ada tongkat boleh tukar jadi ular pun, percayalah, bodoh-bodoh yang penulis maksudkan di atas ini akan percaya sebab mereka bukan ada akal, akal mereka ditentukan oleh Anwar Ibrahim dan culai-culainya.
Anehnya, bila berlaku kekosongan DUN Kuala Besut di Terengganu, semua bodoh-bodoh ini sibuk bercakap tentang kebarangkalian pembangkang boleh menang dalam pilihanraya kecil yang bakal diadakan nanti, termasuklah ura-ura untuk mencalonkan Azhar Idrus – penceramah yang menjadi terkenal kerana menjawab soalan yang dia sendiri tanya.
Sebab kalau pembangkang menang di Terengganu, jumlah kerusi pembangkang dan BN dalam DUN akan jadi sama.  Walaupun speaker ada kuasa penentu kalau keadaan itu berlaku, tapi balaci ini tahu apa, dengar ada peluang nak memerintah Terengganu semula, dia teruja semacam sajalah.
Persoalannya disini sekarang, dah ke mana cerita pilihanraya tipu dan sebagainya tadi?
Bila penulis tanya sorang dua antara yang bodoh-bodoh tadi, ada saja jawabnya.  Itu cerita lamalah, dulumemang tipu sekarang tidak lagilah dan sebagainya.  Semua ini alasan tidak masuk akal, samalah macam tuduhan mengatakan SPR tipu itupun, sama tidak masuk akal, tapi itu jugalah yang dipercayai mereka, sebab ”Anwar cakap macam itu”.
Tidak hairan kenapa Anwar perasan dirinya macam dewa hidup, dia tipu pun orang percaya, dia kencing pun, balacinya berebut-rebut nak hirup.
Penulis rasa, lama-lama orang akan sedar pembohongan Anwar dengan penipuan SPR ini pun tidak terkecuali.  Lebih lagi bila selepas macam-macam yang disebut tentang penipuan pilihanraya, bila ada pilihanraya kecil, PAS dan PKR berebut-rebut nak letak calon masing-masing.
Rasanya, dari berebut-rebut, elok PAS dan PKR dengar cakap tuan besar masing-masing, DAP.
Setiausaha Agung DAP (yang tidak diiktiraf RoS), Lim Guan Eng baru-baru ini telah mengeluarkan cadangan agar pembangkang tidak bertanding di Kuala Besut bagi membuktikan pembohongan sebelumnya mengenai pilihanraya yang dikatakan tidak adil.
DAP pun tahu pembangkang akan kalah.  Bukan senang nak alihkan lebih 2,000 majoriti undi yang diperolehi BN dalam pilihanraya umum yang lepas.  Daripada dimalukan, lebih baik boikot terus.  Tapi, mahukah PAS dan PKR dengar cakap DAP kali ini?  Maklumlah, DAP tidak ada kepentingan kerana pengundi kawasan Bukit Besut, 99% adalah orang Melayu!!
Penulis tidak rasa PAS mahu dengar cakap DAP.  Alasannya jelas sangat, sejak kerjasama dengan DAP lah, PAS dapat kerusi yang paling corot antara 3 parti pembangkang.  Lagipun dibandingkan dengan PKR dan DAP, PAS kurang bercakap tentang pilihanraya tidak adil, melainkan calon-calon mereka yang kalah, macam Mat Sabu.
Tapi dilemannya, kalau tak ikut cadangan DAP itu nanti, dikatakan pula tak sepakat.
Share this post :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Petang Hot - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger