Headlines News :
Home » » Pendedahan Jusuf Kalla: Karpal Perlu Soal Siasat Anwar

Pendedahan Jusuf Kalla: Karpal Perlu Soal Siasat Anwar

Written By petang hot on Selasa, 2 Julai 2013 | 12:28 PG


karpal anwar
Saya yakin Pengerusi DAP, Karpal Singh marahkan Anwar selepas bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla mendedahkan beberapa fakta dan aktiviti “politik gelap” Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim di negara jiran itu.
Dalam kenyataan terbaru Karpal mengenai pendedahan Jusuf itu, dia menganggap bahawa segala yang berlaku itu mampu menjejaskan Pakatan Haram dan bekas Naib Presiden itu tidak wajar mendedahkan perkara tersebut kepada umum.
Katanya lagi, cerita benar dari Jusuf itu mampu menjejaskan kreadibiliti Anwar dan sekaligus menimbulkan kesan kepada parti-parti di dalam Pakatan Haram.
Selebihnya, Karpal mahu Jusuf meminta maaf pada Anwar kerana mendakwa Ketua Pembangkang itu menerima bantuan dana asing dari pelbagai negara luar, khususnya bagi membantu Pakatan Haram pada PRU ke-13 yang lalu.
Pertamanya, DAP sebelum ini begitu gemar memberitahu rakyat Malaysia, khususnya orang Cina bahawa merekalah yang paling telus dan berintegriti dalam semua hal. Kononnya mereka tidak pernah sembunyikan sesuatu dari rakyat.
Sampaikan pada satu-satu tahap, mereka tergamak mendesak Kerajaan untuk mendedahkan rahsia-rahsia kerajaan pada khalayak umum sedangkan apa yang mereka desak itu tidak wajar didedahkan dan tertakluk di bawah akta OSA.
Tapi bila Jusuf Kalla memberitahu dunia tentang betapa pembelitnya gerakan politik Anwar, mengapa pula Karpal Singh nak melatah?
Patutnya Karpal berterima kasih pada Jusuf kerana mendedahkan tindakan “gelap” Anwar yang dilakukan di belakang DAP dan PAS. Saya yakin, kalau Jusuf tidak dedahkan rahsia Anwar itu, sudah tentu Karpal dan PAS tidak tahu kegiatan “gelap” Anwar yang membelakangkan mereka itu, bukan?
Kedua, apa salahnya Jusuf dedahkan kejijikan perangai seorang pengkhianat negara jirannya? Bukankah itu satu tindakan yang wajar dilakukan? Bukankah itu juga menunjukkan ketelusan dan integriti? Kenapa DAP nak meradang pada Jusuf pula?
Kesan apa yang Karpal maksudkan bila perkara ini terdedah? DAP dan PAS tidak percaya lagi pada Anwar?
Saya yakin, DAP sejak awal lagi tidak pernah percaya pada Anwar. DAP Cuma berlakon percaya saja, tidak lebih dari itu. Itupun hanya sekadar “tahaluf siyasi” DAP yang mahu membonekakan Anwar untuk seumur hidup.
Hanya PAS saja yang percaya sepenuhnya pada Anwar. Orang-orang PAS di negara kita ini, kalau Anwar cerita dia merupakan jelmaan Ultraman Taro pun mereka akan percaya… Tidak perlu pertikai tahap IQ yang ada pada puak-puak PAS. Lihat saja Mahfuz Omar, dia contoh terbaik…
Ketiga, kenapa pula Jusuf perlu memohon maaf pada Anwar tentang dana-dana asing yang didakwa diterima Anwar pada PRU ke-13 yang lalu? Bukankah selama ini DAP begitu vokal mahu segala dakwaan kontroversi mengenai pemimpin politik di negara ini didedahkan dengan telus dan adil?
Jusuf tidak menuduh, tapi beliau suruh kita siasat. Jadi, apa kata kalau DAP syorkan pada Rafizi Ramli untuk mendesak Kerajaan supaya menubuhkan Suruhanjaya DiRaja bagi menyiasat kebenaran dakwaan Jusuf itu?
Bukan apa, dakwaan itu melibatkan hubungan dua hala di antara dua bekas orang besar negara. Seorang bekas Naib Presiden dan seorang lagi bekas Timbalan Perdana Menteri. Perkara ini mampu timbulkan ketegangan, bukan?
Lagipun, DAP memang suka desak Kerajaan tubuhkan Suruhanjaya DiRaja. Kalau kes penjenayah mati dilokap polis pun mahu ditubuh Suruhanjaya, longkang pecah pun mahu ditubuh Suruhanjaya, mengapa tidak desak Kerajaan tubuhkan Suruhanjaya DiRaja untuk kes ini?
Nampak sangat Karpal bersikap “double standard” dalam hal ini. Apakah integriti dan ketelusan itu membolehkan kita bersikap “double standard”? Atau DAP memang dari awal tidak punya integriti dan tidak telus? Berterus terang sajalah….
Share this post :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Petang Hot - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger