Laungan demokrasi, samarata dan keadilan dalam DAP merupakan retorik semata. Hakikat sebenarnya demokrasi telah lama mati dalam DAP. Lakonan yang dipaparkan oleh para pemimpin DAP akhirnya terbongkar dengan sendiri.
Sekian lama DAP telah merancang penjajahan secara diktator ini. “Pembunuhan” terancang MCA sejak beberapa tahun yang lepas sememangnya bertujuan untuk melemahkan Barisan Nasional. Ini Berjaya dilakukan secara meletakkan “senjata” membunuh itu dari dalam MCA sendiri. Bila MCA “mati” maka demokrasi untuk bangsa Cina turut terhapus. Maka mereka terpaksa tunduk kepada pentadbiran “kuku besi” DAP.
Kejahatan sebenar DAP terbongkar dalam pemilihan ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP pada 15 Disember tahun lalu. Kesilapan pengiraan undi yang merupakan politik yang cukup kotor mainan DAP akhirnya telah menjerat diri mereka sendiri. Mereka membunuh demokrasi bermula dari dalam parti mereka sendiri apabila mengubah keputusan rasmi pemilihan yang dikeluarkan pada 15 Disember lalu berikutan kesemua lapan calon Melayu mengalami kekalahan teruk dalam pemilihan parti itu.
Tindakan DAP mengubah keputusan pemilihan tiga minggu selepas pemilihan sebenar berlangsung itu hanya bertujuan memperbodohkan Melayu. Pengarah Pemilihan DAP, Pooi Weng Keong dipaksa meletakkan jawatan ekoran kononnya kesilapan teknikal dalam pengiraan undi pada pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat.
Oleh itu Pendaftar Pertubuhan (ROS) tidak mengiktiraf ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP yang dilantik dalam pemilihan pada 15 Disember tahun lalu ekoran pertikaian yang berlaku selagi siasatan masih berjalan. Namun atas dasar berasaskan “kuku besi” maka DAP telah bersandiwara menyalahkan ROS atas kejahatan yang mereka lakukan.
Tambahan pula pertikaian wujud kerana terdapat aduan daripada ahli DAP tentang notis yang tidak diserahkan kepada Setiausaha Cawangan dalam tempoh 10 minggu sebelum Kongres Kebangsaan parti itu diadakan. Kegagalan tersebut telah mengakibatkan 753 wakil dinafikan hak untuk hadir ke kongres itu. Selain itu, jawatankuasa itu juga tidak dibentuk secara betul kerana seorang daripada mereka, Vincent Wu Him Ven bukan ahli CEC.
Isu pemilihan CEC parti berkenaan pada tahun lalu menimbulkan keraguan kerana didakwa wujud penyelewengan oleh ahlinya sendiri apabila DAP dikatakan gagal memberikan notis kepada 753 delegasi yang merupakan ahli sah dan layak mengundi pada hari tersebut. Para pemimpin DAP sedang bertindak menutup kesalahan mereka dengan mula mengeluarkan “taring” yang amat menyerlahkan pentadbiran “kuku besi” mereka. DAP sememangnya merupakan pemburu yang tidak akan meminta kebenaran mangsa untuk “membunuh” mereka.
Cawangan yang bertindak lantang menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap cara pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) pada Disember lalu telah dicantas oleh para pemimpin DAP. Mereka tidak diberi notis untuk hadir dan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM). Walaupun perlembagaan parti DAP menyatakan bahawa setiap cawangan perlu diberi notis tujuh hari bagi mengadakan AGM, namun mereka langsung tidak dihubungi atau dimaklumkan mengenai perkara itu.
Sesungguhnya tidak mungkin parti yang bersikap “diktator” dan “kuku besi” akan menghormati dan mematuhi mana-mana perlembagaan kerana mereka terlalu taksub dengan diri mereka. Jelas amat keji tingkahlaku para penyokong mereka yang berulang kali mengeji dan menghina Yang Dipertuan Agung dan perlembagaan Negara. Undi DAP bermakna “membunuh” demokrasi berpelembagaan Negara kita.
Catat Ulasan