Headlines News :
Home » » Kuala Besut: PKR Akan Letak Calon Bebas?

Kuala Besut: PKR Akan Letak Calon Bebas?

Written By petang hot on Selasa, 2 Julai 2013 | 12:31 PG


logo+parti

Pertelingkahan dalam menentukan calon dari parti mana yang layak untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di DUN Kuala Besut semakin kritikal di pihak pembangkang.
Selepas kematian penyandang Dr Abdul Rahman Mokhtar (BN) akibat kanser paru-paru minggu lalu, PAS dan PKR bergolak serta tidak sependapat berikutan PKR muncul secara tiba-tiba mahu mengetengahkan calonnya.
Keadaan itu ditolak sama sekali dari pihak PAS dengan tegas menyatakan wakil dari PAS harus dikekalkan sama seperti menghadapi PRU13 lalu.
Keadaan terbaru pula berlaku sebaliknya apabila calon lain yang bertanding atas nama Calon Bebas akan muncul sekiranya PAS tetap berdegil tidak mahu PKR mengetengahkan calon mereka.
Ia disahkan sendiri oleh Bekas Ketua Perhubungan Negeri PKR Terengganu, Mohd Padeli Jusoh sedia bertanding atas tiket Bebas sekiranya Pas sebagai rakan dalam PR tidak memberi laluan kepada PKR untuk meletakkan calonnya.
Padeli juga menempelak sikap pimpinan PAS yang langsung tidak mempunyai sikap semangat setiakawan dan tidak bertolak-ansur dengan PKR dalam isu ini.
Bagi Padeli, beliau mahukan PAS ‘membalas budi’ kepada PKR kerana PKR telah telah memberi laluan kepada PAS biarpun tiga kerusi DUN berkenaan telah diperuntukkan kepada PKR pada PRU13 lalu.
Nampaknya, PKR Terengganu sekarang sudah mengungkit perihal menabur budi dan membalas budi kepada parti PAS.
Dek kerana terlalu mahu mengejar kuasa, habis semua keikhlasan dalam menabur budi juga PKR sanggup ungkit terhadap kawan parti mereka sendiri.
Selain dari PKR mahu meletakkan calon yang dikatakan mampu memberikan kemenangan kepada PR, terdapat juga hasrat dari Wanita Keadilan yang mahu menawarkan calon mereka di DUN Kuala Besut.
Semakin serabutlah pihak pembangkang dalam menentukan isu siapa yang lebih layak untuk dipertandingkan dalam PRK Dun Kuala Besut. Kalau mengenai calon sahaja sudah kecoh satu dunia dan bergaduh sesama sendiri, bayangkanlah sekiranya mereka menang. Mungkin akan berperang pula sesama sendiri.
Share this post :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Petang Hot - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger