Headlines News :
Home » » PRK Besut: PAS dan PKR Anggap DAP Nyanyuk

PRK Besut: PAS dan PKR Anggap DAP Nyanyuk

Written By petang hot on Selasa, 2 Julai 2013 | 12:35 PG

Pilihanraya Kecil Kuala Besut membawa makna yang agak besar bagi kedua-dua pihak BN dan PR.  Ini kerana kerusi di situ kini berada di kedudukan 17-15 dengan memihak kepada BN.  Walaupun BN mempunyai kelebihan melalui kerusi Speaker tetapi jika kemenangan berada di pihak PAS, maka kedua-dua parti akan mempunyai kekuatan yang ‘sama banyak’.
Keadaan ini pasti menepati impian rakyat yang ingin melihat UMNO-PAS berkongsi kuasa.  Malangnya, keadaan sebeginilah yang cuba dielakkan oleh DAP.
Maka, tidak hairanlah Lim Guan Eng pantas membuat kenyataan mencadangkan agar PAS memboikot sahaja PRK tersebut.  Namun, saranannya bertentangan dengan PKR yang nampaknya begitu beria-ia dengan PRK ini, malah menyuarakan hasrat untuk meletakkan calon dari parti itu dengan mengenepikan PAS.
Alasan Guan Eng adalah kerana SPR tidak telus dan sistem dakwat kekal perlu dikaji semula.  Justeru, tiada jaminan terhadap kewibawaan proses pilihanraya kecil Besut dan keputusannya nanti perlu dipersoalkan.
Dari satu sudut, alasan Guan Eng ada asasnya.  Namun, alasan tersebut hanya membuktikan hipokrasi Guan Eng kerana beliau sendiri telah pun mengangkat sumpah menerima keputusan PRU-13 yang dikendalikan oleh SPR yang sama, dengan sistem dakwat yang sama.
Kita pasti yang PAS dan PKR tidak akan sama sekali memboikot peluang PR untuk menambah kerusi biar sistem apa pun yang digunakan dalam PRK Kuala Besut.  Hidup mati PAS dan PKR selama ini juga semata-mata kerana pilihanraya.   Mana mungkin mereka memboikot pilihanraya?
Kerana itu PKR langsung tidak mengulas saranan DAP, manakala PAS menyatakan yang saranan tersebut perlu diperbincangkan di peringkat PR.
Bagi PAS dan PKR, DAP tentu sudah nyanyuk untuk mencadangkan sedemikian.  Mentang-mentanglah DAP tidak terlibat kerana Kuala Besut merupakan kawasan majoriti Melayu.   Sekiranya kawasan tersebut adalah kawasan DAP, atau majoriti Cina, kita pasti Guan Eng akan membuat kenyataan berbeza.
Apa nak dikata, itulah sikap Guan Eng dan DAP iaitu hipokrit dan hanya pentingkan diri.  Jika hidup mati PAS dan PKR adalah untuk pilihanraya, hidup mati DAP pula hanyalah untuk kepentingan kaum Cina semata-mata.
Share this post :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Petang Hot - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger