Headlines News :
Home » » PRK DUN Kuala Besut: PAS Hina & Tidak Percaya Kreadibiliti Calon Sendiri

PRK DUN Kuala Besut: PAS Hina & Tidak Percaya Kreadibiliti Calon Sendiri

Written By petang hot on Sabtu, 20 Julai 2013 | 7:26 PTG


cl1
Rata-rata masyarakat di Kuala Besut sedang rancak memperkatakan tentang calon PAS yang khabarnya diberi amaran berkali-kali untuk “menutup mulut” dan dilarang sama sekali untuk memberikan sebarang kenyataan pada media.
Timbul banyak rungutan dari rakan-rakan media di sini yang mengeluh kerana terlalu susah untuk mendapatkan Azlan atau lebih dikenali sebagai Che Long. Kalau “terjumpa” pun, mereka disekat dari mengajukan sebarang soalan padanya.
Malah lebih menjengkelkan, kelibat Che Long seolah-olah “dilarikan” dari media yang membuat liputan dan soalan-soalan yang dikemukakan khas pada calon telah dijawab oleh orang lain. Kalau tersua pun, Che Long hanya berani berkata “no komen” berkali-kali…
Ekoran itu, ramai yang tertanya-tanya tentang senario ini. Apa sudah jadi? Kenapa Che Long “dibisukan”? Apakah Che Long telah mengupah beberapa jurucakap untuk memberi kenyataan bagi pihak dirinya?
Atau PAS sendiri tahu bahawa apa yang keluar dari mulut calon parti mereka itu tidak bijak dan lebih layak “disampahkan”?
Menurut warga Kuala Besut, mereka kenal benar dengan Che Long. Kata mereka, Che Long memang tak tahu bercakap. Kata mereka, Che Long hanya tahu bercakap mengenai untung rugi syarikat dan “proposal” projek. Selain dari itu, Che Long gagal, betulkah begitu?
Kata mereka, Che Long yang mereka kenali sememangnya seorang ahli perniagaan yang baik. Tapi dia bukan ahli politik. Kedudukannya di dalam PAS hanyalah merupakan seorang “banker” tempat PAS di kawasan itu meraih simpati.
Khabarnya sudah banyak wang Che Long sudah di “pow” puak-puak PAS Terengganu dan Kelantan. Pada Che Longlah tempat puak-puak PAS mencari jalan mudah untuk mendapatkan wang. Mungkin sebab itu Che Long dipilih PAS sebagai calon di PRK Kuala Besut.
Pun begitu, saya tertanya-tanya mengapakah PAS memilih Che Long sebagai calon mereka? Saya yakin mereka tahu kelemahannya yang tidak bijak menyusun kata sebagai pemimpin politik. Tapi mengapa mereka pilih dia juga?
Cuba fikirkan, sekiranya Che Long menang pada PRK ini dan dia dilantik sebagai ADUN di DUN Terengganu, bagaimanakah dia caranya dia mahu menyampaikan suara rakyat Kuala Besut di sidang DUN nanti?
Bukan apa, saya risau juga sekiranya lain yang diperlukan rakyat, lain pula yang Che Long minta. Rakyat Kuala Besut minta rumah mampu milik, saya khuatir jika Che Long sampaikan di sidang DUN mengatakan rakyat di kawasannya mahu berumahtangga dan mas kahwin percuma!
Selain itu, mampukah Che Long berdebat dan bercakap di sidang DUN Terengganu nanti? Saya khuatir juga kalau tidak seorang pun ADUN yang faham dengan apa yang dia sebut di dewan undangan itu nanti. Speaker dewan pun boleh “migrain” dibuatnya, kan?
Saya cabar PAS untuk “melepaskan” Che Long untuk memberi kenyataan pada media. Dia sepatutnya dilatih untuk bercakap dan beri kenyataan. Kalau nak “bisukan” Che Long, lebih baik simpan saja dia di dalam markas PAS di Kampung Nangka…
Pada saya, tindakan PAS “mengunci mulut” Che Long adalah tidak adil sama sekali. Malah ia merupakan tindakan yang zalim dan menghina kreadibiliti calon PAS itu sendiri. Terus terang saya katakan jika saya ditempat Che Long, saya lebih rela menarik diri sebagai calon serta merta!
Share this post :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Petang Hot - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger