Headlines News :
Home » » Resah setiap kali hujan

Resah setiap kali hujan

Written By petang hot on Jumaat, 6 September 2013 | 1:52 PTG

Resah setiap kali hujan

LAMBOR KIRI - Akibat masalah sistem perparitan yang tidak diselenggara dengan betul, penduduk Kampung Bakong dan sekitarnya sering dilanda keresahan kerana khuatir kawasan kediaman mereka dinaiki air pada musim hujan.

Penduduk, Megat Asma Megat Zainudin berkata, sistem perparitan yang mengalir terus ke sungai di kampung itu tidak dibersihkan dengan baik selain berada dalam keadaan yang kurang sempurna.

“Sistem perparitan memang ada namun, tidak dibersihkan sehingga ada kawasan yang telah naik semak-samun dan menyekat aliran air.

“Sepatutnya air berkenaan dialirkan terus ke sungai untuk mengelakkan beberapa kawasan rendah di kampung ini dan kampung berhampiran dilanda banjir,” katanya.

Kata Megat Asma, keadaan perparitan itu sudah beberapa tahun tidak dibersihkan menyebabkan semak-samun memenuhi kawasan berkenaan.

Jelasnya, apabila hujan lebat selama beberapa jam pasti ada kawasan yang dinaiki air kerana pengaliran air ke sungai berhampiran tidak lancar akibat masalah itu.

“Walaupun pihak berkenaan ada melakukan kerja pembersihan namun, hanya beberapa kawasan sahaja manakala di tempat lain terbiar begitu sahaja," katanya.

Megat Asma berkata, keadaan itu merisaukan penduduk kerana ditakuti kediaman dan kebun yang terletak di kawasan rendah akan ditenggelami air apabila tiba musim tengkujuh.

“Kami berharap pihak berkenaan dapat mengambil tindakan segera dalam menangani masalah terbabit,” katanya.
Share this post :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Petang Hot - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger