Headlines News :
Home » » AIR MATA DI BUMI MEMALI-SIRI 3-

AIR MATA DI BUMI MEMALI-SIRI 3-

Written By petang hot on Ahad, 26 Mei 2013 | 4:53 PTG

Hujung  1992 secara rasminya saya berhijrah dari kampong asal Kuala Nerang ke Kampong Memali.Yusuf Husin memberi kuasa penuh pada saya untuk melakukan apa-apa yang saya fikirkan perlu dalam pentadbiran dan kewangan Madrasah Islahiah Diniah.Niat asal saya untuk membantu pelajar tidak dilupakan.Saya dapati hampir 30 pelajar peringkat menengah yang tidak mahir membaca dan menulis rumi.Saya ambil masa sejam sehari membimbing mereka.Dalam tempoh 3 bulan semua pelajar ini dapat membaca dan menulis dengan baik.

Setelah itu saya ujudkan pula satu subjek khas untuk peringkat menengah di namakanya Politik Tanah Air.Tujuan untuk mendedahkan pelajar kepada isu-isu semasa tentang politik yang berlaku dalam Negara,agar mereka celik politik.

Sedikit demi sedikit perubahan di lakukan dalam pentadbiran serta kewangan,kurikulum dan Ko- kurikulum.Guru-guru yang ada, majoriti berpendidikan pondok dan sekolah agama.Sukar bagi  mereka untuk menerima perubuhan seperti pendidikan jasmani dan lukisan.Puas juga saya bersabar untuk menghadapi karenah ini.

Alhamdulillah ,akhirnya mereka dapat terima hingga acara sukan seperti merentas  desa dapat diadakan.Pemuda dan orang kampong turut beri kerjasama.Sebelum saya datang,waktu pulang pelajar adalah jam 12.45 tengahari.Alasan dari Yusuf Husin selaku setiausaha Madrasah Islahiah Diniah,kerana ada guru-guru di kalangan suami isteri nak balik masak untuk makan tengahari.Juga pelajar pulang dengan bas akan lewat sampai rumah jika pulang lebih dari jam 1.00 petang kerana jadual bas tidak menentu.

Alasan ini saya tidak dapat terima.Tidak wajar sekolah agama seperti Madrasah Islahiah Diniah tidak melatih pelajar untuk solat jemaah zohor sebelum pulang.Akhirnya saya buat satu kertas kerja membentuk disiplin pelajar.Waktu pulang pelajar ialah selepas solat zohor.Semua pelajar  dan guru di wajibkan solat  jemaah.Pelajar perempuan yang uzur tak boleh pulang selagi tak selesai kawan-kawan solat.Pulang mesti bersama.Yusuf Husin menyokong kuat keputusan ini. Bila dilaksanakan,dia sendiri tidak mematuhinya,masih meneruskan kerja-kerja dipejabat Madrasah Islahiah Diniah.Satu sikap yang kurang saya senangi kerana membelangkangi keputusan yang di buat,tidak sepatutnya selaku ketua,menunjuk contoh yang tidak baik buat orang bawah.

Peringkat awal banyak juga waris yang membantah,setelah di beri penjelasan,akhirnya mereka setuju dan terdapat waris  yang datang awal untuk sama-sama solat jemaah.Saya minta guru disiplin ketika itu,Cikgu Khotub Ibrahim berunding dengan pihak bas menyusun jadual perjalanan yang sesuai dengan masa pulang pelajar Madrasah Islahiah Diniah.Sementara guru-guru yang suami isteri bertugas di Madrasah Islahiah Diniah boleh mengambil masakan di kantin bawa pulang,Tak perlu masak di rumah untuk makan tengah hari.

Sepanjang tiga bulan berkhidmat,saya Cuma perhatikan sistem pengaliran masuk dan keluar wang Madrasah Islahiah Diniah.Yuran pelajar banyak yang tercicir,Saya faham rata-rata waris adalah orang miskin.Sumbangan orang ramaipun tidak seberapa.Pendek kata kewangan Madrasah Islahiah Diniah amat terhad.Rata-rata guru dibayar elaun dibawah dua ratus ringgit.Saya sendiri di beri saguhati oleh Yusuf Husin hanya seratus lima puluh sahaja sebulan.Waktu ini saya tidak lagi berkhidmat dengan Harakah sepenuh masa.Sekadar pemberita sambilan.Ada berita adalah imbuhan.Memang sukar untuk saya mencari berita kerana sibuk di Madrasah Islahiah Diniah.

Bagaimanapun saya masih sebagai Ajk DPPNK.Memegang Ketua Unit Amal Kedah kemudian pengarah Pasti Kedah.Melalui jawatan peringkat negeri dan juga ajk beberapa lujnah di peringkat pemuda pusat,banyaklah kenalan di setiap negeri.Dalam usaha membantu pendapatan guru dan meringankan bebanan waris,saya cadangkan penubuhan Koperasi Madrasah Islahiah Diniah(KOMID).setiap kaki tangan  Madrasah Islahiah Diniah melabur 100 ringgit seorang  yang jumlahnya RM 2.200 dari 22 orang kakitangan Madrasah islahiah Diniah.

Projek pertama adalah mengedar kicap,sos dan rempah jenama KOMID.
Sambutan dari masyarakat setempat dan waris cukup menggalakkan.Semua kakitangan Madrasah Islahiah Diniah di wajibkan membeli produk keluaran KOMID .Dalam masa beberapa bulan sahaja pendapatan menjangkau lebih dari dua ribu ringgit.Setiap kali mesyuarat,saya akan meminta  komen dari ahli KOMID  tentang kualiti produk dari masa ke masa,semua memberi komen yang baik kecuali Yusuf Husin.Alasanya tak sesuai dengan selera keluarganya.

Komenya itu sungguh mendukacitakan saya.kerana dia merupakan SU  Madrasah Islahiah Diniah yang sepatutnya memberi semangat  kepada yang lain dengan mengutamakan produk KOMID .Maklumat yang saya dapat selepas itu,bahawa  Yusuf Husin sejak dari awal datang ke Memali tidak pernah membeli barang-barang di kedai kampong,keluarganya berbelanja di kedai bukan Melayu di kampong Lalang hinggalah ke hari ini.

Sejak itu,saya perhatikan dia memang seperti tak berminat dan kurang peduli dengan perkembangan KOMID.Akhirnya dengan usaha bersungguh ahli khususnya ustaz Ishak,KOMID Berjaya membuka sebuah kedai runcit di hadapan sekolah.

Melihat kepada sambutan baik,saya mula  menyusun program memperingati mangsa Memali luar dari Kedah.Di Pulau Pinang,Kuala Lumpur,Selangor,Perak,Pahang,Terengganu,Melaka dan Johor.Melalui program ini,kami perkenalkan produk KOMID di beberapa tempat.Dalam tempoh tak sampai dua tahun,KOMID telah Berjaya mengumpul dana lebih sepuluh ribu tidak termasuk aset dalam kedai runcit.Seterusnya saya berhubung dengan pihak Koperasi Al- Hilal untuk mengedar produk KOMID.

Ramadhan 1994,saya telah memperkenalkan produk baru dari KOMID,iatu biskut durian.
Kohilal menjadi pengedar utama ,suatu hari ketika memuatkan biskut ini kedalam lori,Yusuf Husin terkejut melihat kotak-kotak biskut yang memenuhi lori hingga keparas bumbung kanvas.Dia bertanya kepada pemandu lori,Shukri Harun yang pernah menjadi mangsa keganasan polis dalam peristiwa Memali.Waktu itu dia masih remaja.sekarang menjadi pemandu lori Harakah milik Tuan Hj.Najib Fahmi.Bila dia beritahu Yusuf Husin bahawa itu biskut durian yang akan di hantar ke KOHILAL,saya dengar Yusuf Husin berkata,’Takkan macam ni kot,banyak ni.Ana macam tak percaya”dia menjadi hairan kerana dia jarang datang ke Madrasah Islahiah Diniah,banyak masanya di prhubungan negeri.

Di waktu yang sama,saya dapat merasai wang Madrasah Islahiah Diniah di monopoli oleh bendahari.saya suarakan rasa kurang senang ini pada Yusuf Husin .Hasilnya,dia menyerahkan tugas kewangan itu buat sementara kepada saya.

Dari situlah saya mengetahui bahawa akaun Madrasah Islahiah Diniah di pecahkan kepada dua,Satu untuk Madrasah Islahiah Diniah dan satu lagi untuk tabung Mangsa Memali.Tabung Mangsa 
Memali ini pula terbahagi kepada beberapa pecahan iatu,pertama untuk mangsa Memali.

Wang dari pecahan ini boleh digunakan untuk semua kategori orang-orang yang pernah di tahan di lokap,penjara dan Kem  Kamunting(KEMTA) .Termasuk juga untuk keluarga syuhada.Ianya juga digunakan untuk kos perbelanjaan kes perbicaraan tuntutan saman oleh balu –balu terhadap kerajaan.

Pecahan kedua adalah untuk balu syuhada.Wang dari pecahan ini boleh digunakan untuk  samada isteri dan anak-anak syuhada.

Sementara pecahan ketiga adalah untuk anak-anak yatim.Dimana wang ini di khususkan untuk kegunaan anak-anak yatim sahaja.

Pada peringkat awal saya dapati wang yang ada tidaklah banyak,belasan ribu sahaja.Setelah beberapa siri program di luar Kedah,barulah sumbangan dari orang ramai mencurah yang akhirnya wang untuk tabung Mangsa Memali dan juga Madrasah Islahiah mencecah ratusan ribu ringgit.

Bersambung pada siri  4..
Share this post :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Petang Hot - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger