Headlines News :
Home » » AIR MATA DI BUMI MEMALI-SIRI 2-

AIR MATA DI BUMI MEMALI-SIRI 2-

Written By petang hot on Ahad, 26 Mei 2013 | 4:44 PG

HIJRAH CURAH BAKTI-


Tahun 1990,saya bertugas sebagai wartawan Harakah cawangan Kedah.Kerja yang tidak menentu masa  Kerja yang tidak menentu masa membuatkan saya lebih banyak tidur di pejabat yang terletak pada tingkat 2 bangunan Pas Kedah Jalan Kota,Alor Setar selang sebilik dengan pejabat Dewan Pemuda Pas Negeri Kedah(DPPNK).

Setiausaha DPPNK adalah saudara Aris Awang,masih bujang yang juga setiap malam tidur di pejabat.Kadang-kadang hari raya pun dia tak pulang kerana sibuk dengan kerja-kerja DPPNK.

Seorang bekas graduan muda yang gigih serta komited dengan Pas. Bersikap tegas dan lantang menegur tak kira siapa saja.Kami berdua amat akrab kerana sepanjang hari bersama.Minum pagi di lorong belakang bangunan Pas sudah menjadi rutin kami. Makan tengahari jarang bersama,kerana Aris suka makan nasi bungkus di pejabat .Sikapnya memang tak suka membuang masa,saya pula keluar cari bahan berita.Malam kami bertemu.

Selepas PRU 1990,Yusof Husin di arah bertugas sepenuh masa dengan Jentera Pilihanraya Negeri(JPN).Yusuf Husin juga terpaksa tinggal dan tidur dipejabat Perhubungan Pas Kedah.Maka antara saya,Aris dan Yusuf Husin  menjadi teman rapat tiga serangkai.Kami bertiga sama-sama menjadi Exco DPPNK.Ketua DPPNK adalah Tuan Hj.Najib Fahmi Hj.Yahya Junid dan timbalanya Ustaz Hasan Razak.

Sepanjang bersama dengan Yusuf Husin inilah saya lebih mengenali perjuangan  As Syahid Ustaz Ibrahim Libya.Hati saya tersentuh dengan kisah-kisah sedih  dalam peristiwa Memali.Selaku wartawan Harakah,banyaklah masa  yang saya berikan untuk turun ke Memali.Dengan itu hubungan saya dengan mangsa Memali makin mesra.Terutama  keluarga para syuhada.

Renungan dan linangan air mata anak-anak yatim Memali,memahat rasa cinta terhadap mereka yang akhirnya mereka ini saya anggap sebagai anak-anak sendiri.Saya sudah bertekad,susah senang akan bersama mereka, Perasaan bertambah hiba lagi bila melihat keadaan Madrasah Islahiah Diniah yang seperti  tidak terurus.
Satu isu yang menyentuh jiwa saya apabila meneliti tulisan lirik nasyid’Bumi Memali’oleh ketua  kumpulan nasyid.Tulisan adik Nasri bin Ramli itu bercampur aduk huruf kecil dan besar serta turun naik bagai ular di palu.

Sebagai bekas guru saya rasa bersalah melihat keadaan ini.Mungkin ramai lagi pelajar Madrasah Islahiah Diniah yang begitu.

Jiwa saya tertekan,akhirnya terpaksa memberitahu Yusuf Husin hasrat untuk berkhidmat membantu pelajar di Madrasah Islahiah Diniah.Yusuf Husin Bersetuju dengan syarat kena tinggal di Memali.Saya juga setuju untuk tinggal di sana dengan syarat Yusuf Husin kena cari Isteri untuk saya.Secara seloroh Yusuf Husin kata boleh kerana balu syuhada banyak.

Dia cadangkan seorang balu yang muda mempunyai  dua orang anak dari nama serta perangai pun sama dengan isterinya,Rokiah
Februari 1992 saya berkahwin dengan balu kepada As syahid Mohd Radzki@Zakaria bin Ahmad.Mempunyai 2 orang anak lelaki  yang berusia enam dan sepuluh tahun, Ketika bertemu dengan saudara Kamal Koh dalam muktamar Pemuda Pusat di Taman Melewar 1992,dia mengucapkan taniah kepada saya.Mengikutnya kalau lambat saya meminang dia bercadang hendak masuk meminang untuk jadikan Isteri kedua.

Ketua Dewan Muslimat Pusat dalam satu program DPPNK di Pantai Merdeka,juga mengingatkan saya agar jaga baik-baik balu syuhada.Pada mulanya Ustazah Jamilah yang saya panggil kak Lah.merungut juga bila saya berpoligami.Tapi dia akur bila tahu saya kahwin  dengan balu syuhada.

Sejak berkahwin dengan balu itu,hubungan saya dengan Yusuf Husin semakin erat.Kami sering pulang bersama ke Memali dari pejabat perhubungan.Biasanya kami pulang lewat malam jam dua belas ke atas.Saya lebih banyak menjadi pemandunya dan saya tak kisah kerana saya menyenanginya selaku murid As Syahid Ibrahim Libya.

Sepanjang perjalanan pulang itu kami banyak berbual dan berbincang tentang masa depan Madrasah Islahiah Diniah juga aktiviti DPPNK.Juga pengalamanya bersama As Syahid Ibrahim Libya mengikutYusuf Husin  adalah,
kita tidak boleh berdiam diri,menutup mulut atau memejam mata atas kemungkaran,maksiat dan kezaliman yang di lakukan semata-mata orang itu pernah berbudi pada kita’

Bersambung siri 3.
Share this post :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Petang Hot - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger