Headlines News :
Home » » AIR MATA DI BUMI MEMALI-SIRI 5-

AIR MATA DI BUMI MEMALI-SIRI 5-

Written By petang hot on Ahad, 26 Mei 2013 | 4:57 PTG

Seorang kakitangan veteran Perhubungan Negeri,Hj,Ramli yang saya panggil’abang Li’ kadang-kadang’Ram;I Haji’ sangat suka bergurau dengan saya di hadapan Yusuf Husin.Selalu dia berkata’Ha! Penghulu Memali maid ah.Pakcup (nama glamor Yusuf Husin) tak dak apa dah.Habih balu boleh kat Cikgu Non(nama glamor saya).”Pada kami.ini adalah gurauan semata-semata.Sebaliknya pada Yusuf Husin tidak.Dia tidak dapat menerima nama saya kerap di sebut samada di M adrasah Islahiah Diniah atau di Perhubungan Negeri,seolah-olah saya sudah menjadi ancaman padanya.

Ketika Yusuf Husin meletak jawatan sebagai Setiausaha Pas Kawasan Baling ,YDP Kawasan,Ustaz Hj Wahab Hasan pernah bersuara untuk pelawa saya mengisi jawatan itu.Yusuf Husin turut  ada dalam perbualan selepas kuliah YDP di surau Madrasah Islahiah Diniah,segera membantah.Belum pun sempat saya sebut apa-apa samada setuju atau tidak,dia telah membuat keputusan.Pada saya memang sama sekali tak akan terima jawatan itu,kerana mahu tumpukan pada Madrasah Islahiah Diniah.Lagi pun,dari dulu saya tidak pernah memegang jawatan penting dalam parti lebih dari satu.

Sewaktu menjadi ketua pemuda Pas kawasan Padang Terap,saya lepaskan jawatan ketua cawangan,setelah saya dilantik  AjK DPPNK,saya lepaskan pula jawatan itu kepada timbalan,saudara Ir,Munir Zakaria.saya hanya tumpukan di DPPNK.Saya suka pilih jawatan yang lebih mencabar,mungkin tabiat saya suka kepada hal-hal yang mencabar.Lagi pun pada saya,menerima jawatan yang  banyak itu seperti menipu diri sendiri.Tahu tak mampu laksanakan tetapai nak juga tanggung risiko.Akibatnya parti menjadi masalah kerana kerja terbengkalai.Biarlah tugas itu di agih-agihkan  pada yang lain.

Saya sedar sekarang bahawa Yusuf Husin sedang berusaha untuk menyingkirkan saya secara halus.Sejak dia kembali ke Madrasah Islahiah Diniah,apa pun pandangan saya tidak di minta lagi,dia bebas buat apa saja  hingga timbul kurang senang waris dan guru.Cikgu Khotub yangboleh saya katakan seorang guru cemerlang di Madrasah Islahiah Diniah melepaskan jawatan untuk bertugas  di Yayasan Khariah,Kupang. Dia merupakan tenaga penting PIBG .Berjaya mengendalikan kantin PIBG  sehingga dapat mengumpul belasan ribu ringgit.Yusuf Husin dalam komenya terhadap keputusan Cikgu Khotub,berkata bahawa tindakan itu tidak bijak,mengejar wang lebih dan pentingkan diri dari berkorban untuk perjuangan meneruskan cita-cita As  syahid Ustaz Ibrahim Libya.

Bibit-bibit kebencian Yusuf Husin mulai ketara pada saya sehari selepas mesyuarat agong Pas Kawasan Baling di dewan Madrasah Islahiah Diniah pada 20 April 1996.Dalam membahaskan usul dari kawasan dan cawangan itu,Saya bertikam lidah denganya yang mewakili kawasan.Dalam usul  dari cawangan Kg.Pisang,berkaitan sagu hati wang kebajikan kepada ahli yang kematian waris,di bahas secara panjang lebar.Pihak kawasan yang diwakili oleh Yusuf Husin bersetuju diberikan wang  itu kepada waris di kalangan ibu atau bapa ahli UMNO.Sedangkan cawangan tidak setuju.

Saya yang mewakili Pas cawangan Kg.Memali mencelah menyokong pihak cawangan.Suasana semakin panas bila pengerusi tidak dapat mengawal perbalahan antara saya dan Yusuf Husin.Setelah undian berlaku,pihak saya menang.Begitu juga usul dari kawasan yang mintak kerajaan tidak mewajibkan mata pelajaran bahasa Cina di sekolah kebangsaan mulai tahun 2000.Alasan kukuh saya adalah Tuanguru Nik Aziz pernah seru ahli PAS belajar bahasa tersebut atas kepentingan dakwah.Pihak saya juga menang bila di adakan undian.Yusuf Husin rasa tercabar.

Semenjak Yusuf Husin menjadi SU Kawasan Baling,boleh di katakan tidak ada ajk atau perwakilan yang benar-benar berani mencanggah pandanganya.Kecuali dua orang Yusuf.Iatu Md.Amin dari dewan pemuda kawasan dan Ustaz Yusuf Ambeng dari cawangan.Apabila dia menerima tentangan dalam perbahasan dengan saya,dan kalah pula dalam setiap undi,dirasakan seperti maruahnya tercabar.Begitu juga dalam DPPNK.Setiap kali mesyuarat antara ajk yang sering bercanggah pandangan denganya adalah saya.Apa yang di rasakan tidak sesuai,saya tetap menegur.

Selain saya,saudara Aris Awang,Wan Romani,Ustaz Azizan Taib, Cikgu Md. Amin Taib,Basir Ismail adalah orang-orang yang sering menegurnya dalam mesyuarat ketika Yusuf Husin menjadi ketua DPPNK.Sehari selepas mesyuarat agong kawasan itu,dia berkata pada saya'anta gamak buat kat ana macam tu no' tak sempat saya minta maaf lagi,dia terus beredar dengan muka yang agak kecewa.

Sejak itu,Yusuf Husin mula mencari kesalahan saya,walaupun kepada perkara yang lepas.Contohnya,semasa berlangsungnya ijtimak PASTI,berlaku sedikit insiden di asrama lelaki.Lantai asrama terbakar dalam beberapa inci sahaja.Tidaklah sampai hangus,sekadar terbakar di permukaan lantai.Puncanya di katakan beberapa orang pelajar dari kumpulan nasyid menghisap rokok,antaranya termasuklah ketua kumpulan nasyid itu,anak saya.

Isu ini telah di perbesarkan oleh Yusuf Husin.selepas mesyuarat Agong PAS Kawasan dia telah memanggil semua 22 orang kakitangan Madrasah Islahiah Diniah,guru-guru dan pekerja termasuk saya.Tujuannya adalah untuk membincangkan isu disiplin ke atas anak saya.Dalam mesyuarat khas itu selaku SU dan Penyelia Madrasah Islahiah Diniah,Yusuf Husin telah memaksa semua guru bercakap atas tiga pilihan yang ditetapkannya.Saya diminta mendengar sahaja,tidak di benarkan bercakap.Katanya,isu ini melibatkan anak saya,jadi saya tak ada hak untuk bercakap.Tiga pilihan yang telah ditetapkan itu adalah memaafkan,mengantung dan buang sekolah.
Cubalah bayangkan bagaimana perasaan saya dalam menghadapi situasi ini.Begitu juga para guru,sudah tentu mereka kekok untuk membuat kenyataan di hadapan saya.Pastinya mereka tidak akan tergamak untuk memberi cadangan membuang anak saya.Kerana terpaksa mengambil kira perasaan saya.Hampir semua guru minta di maafkan anak saya kerana itu kesalahan pertama.Seorang dua sahaja yang bersetuju di gantung belajar dalam tempoh satu atau dua minggu.Setelah semua guru memberi pandangan,barulah saya di beri peluang bercakap.

Saya hanya kata,'segala keputusan saya redha dan keputusan itu kelak biarlah adil jangan teragak-agak semata-mata Loqman itu anak saya.Yang salah tetap bersalah.'Yusuf Husin dalam ucapan terakhirnya berkata,tindakan ke atas anak saya nanti,bukanlah keputusan dia seorang,tetapi keputusan semua kakitangan sekolah.Tidak beberapa hari selepas itu,saya menerima surat yang di tandatangani oleh Yusuf Husin selaku SU Madrasah Islahiah Diniah,bahawa anak saya,Loqman di gantung belajar selama 6 bulan.

Satu keputusan diluar jangkaan saya dan guru-guru. Ada ustazah yang menitis air mata dengan keputusan itu.Bagi saya, inilah satu cara Yusuf Husin hendak menunjukan yang dia berkuasa sedangkan mana-mana juga sekolah,dalam menghukum pelajar yang bersalah,memadai dengan beberapa orang  guru disiplin sahaja.Bila Yusuf Husin menjemput semua kakitangan,tidak lain hasratnya untuk memalukan saya,saya bersabar .Hanya memikirkan di mana pula harus dihantar Loqman belajar sementara menunggu masa yang begitu panjang.
Kebetulan anak sulong As Syahid Ustaz Ibrahim Libya,Mohd.Islah waktu itu sedang belajar di pondok Pasir Tumbuh,Kelantan.saya serahkan anak saya untuk  tinggal belajar sementara dengannya di situ.Pada April 1997 saya hantar dia dan adiknya Mohamad Al-Hafiz ke Maahad Tahfiz di Mansoorah,Lahore,Pakistan.

Kebencian Yusuf Husin terhadap saya sudah berada di tahap yang membimbangkan.Boleh tercetus sesuatu yang buruk jika saya masih bersama Madrasah Islahiah Diniah.Untuk menjaga maruah masing-masing,saya mengambil keputusan meninggalkan Madrasah Islahiah Diniah dan juga bangkel jahitan Memali.Berhasrat meneruskan pengajian di Pakistan.Saya mendapat maklumat di Manseera,ada seorang tuanguru yang mahir berbahasa Melayu.Dia pernah beberapa tahun tinggal di Malaysia dan berkawan  dengan Tuanguru Nik Aziz.Saya sangat berminat untuk berguru denganya.

Hasrat saya dapat di hidu oleh Yusuf Husin.Tanpa pengetahuan saya,dia berjanji dengan keluarga isteri kedua saya yang pihaknya akan membiayai kos saraan mereka,RM 150.00 sepanjang ketiadaan saya.Bapa mertua dan isteri saya yang tak tahu apa-apa secara jujur bersetuju saja.Bila saya tahu,rasa cukup marah dengan perangkap Yusuf Husin ini.Dia sengaja nak menunjukkan keikhlasannya untuk memberitahu orang kampong yang saya pergi belajar dengan di biayai oleh Madrasah Islahiah Diniah.

Bila saya meninggalkan Madrasah Islahiah Diniah hujung September 1996,sayasebutkan dalam surat perletakkan itu yang saya tidak akan mengizinkan isteri menerima sumbangan bulanan dari Madrasah Islahiah Diniah. Jadi,Yusuf Husin terpaksa membatalkan niatnya,kos perjalanan saya ke Pakistan dan sumbangan bulanan buat keluarga telahpun saya uruskan.Bila sampai di Lahore,Pakistan,saya dapat berita Taleban telah menguasai Afghanistan .Hasrat untuk belajar di Manseera saya tangguh sekejap.saya ke Afghanistan untuk tinjau keadaan disana.Tiga bulan disana, saya kembali ke Lahore semula.sekali lagi saya menerima berita sedih,kerana tuan guru yang saya nak berguru itu baru dua minggu meninggal dunia.Katanya,ia meninggal di atas pangkuan murid setianya,Nik Adli anak Tuanguru Nik Aziz,14 Januari 1997,saya pulang semula ke tanah air,Tujuan saya adalah menerbitkan buku isu terkini Afghanistan.Buku itu saya beri tajuk TALEBAN:Antara Jihad dan Jahat.

Bersambung siri 6
Share this post :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Petang Hot - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger