Headlines News :
Home » » AIR MATA DI BUMI MEMALI-SIRI- 6-

AIR MATA DI BUMI MEMALI-SIRI- 6-

Written By petang hot on Ahad, 26 Mei 2013 | 4:58 PTG

Nota*KOMID=Koperasi Madrasah Islahiah Diniah                                                                    
              
Bila pulang,berbagailah berita yang saya dengar,merupakan fitnah terhadap saya.Antaranya saya larikan wang KOMID dan wang bangkel jahitan  Memali.Kononya saya pergi kepakistan itu di biayai sepenuhnya oleh Madrasah Islahiah Diniah.Maka keputusan saya menghalang Yusuf Husin membiayai keluarga itu adalah tindakan tepat.Jika tidak saya akan terperangkap dengan jeratnya.Sangat menyedihkan saya apabila mendapat tahu Yusuf Husin telah membubarkan KOMID.Empat bulan semasa saya berada di Pakistan,KOMID di bubarkan dan setiap orang kakitangan mendapat lebih dari RM 400.00.

Sewaktu saya tinggalkan Madrasah Islahiah Diniah,wang di bank bernilai tujuh belas ribu lebih.Sementara asset di dalam kedai runcit hamper sepuluh ribu ringgit.Segala pengedaran produk KOMID seperti kicap dan sos di pajak  pada salah seorang ustaz di situ.Ustaz itu hanya membayar sekitar seratus lima puluh ringgit sebulan.Itulah jumlahnya yang akan dibahagikan dengan dua puluh satu orang kakitangan.Demikianlah bijaknya Yusuf Husin dalam melayan kakitangannya dan runtuhlah istana kebajikan yang telah saya bina.

Segala tomohan Yusuf Husin itu,saya diamkan saja kerana menumpukan perhatian menulis buku tentang Taleban di Afghanistan.Selepas buku itu keluar pada Mei 1997,saya menumpukan pula pada perniagaan di tempat-tempat ceramah Pas melalui syarikat Corak Memali Enterprise (COME).Perniagaan COME ini bukanlah semata-mata untuk mengaut keuntungan peribadi,Niat saya adalah untuk meneruskan cita-cita membantu keluarga syuhada.Rata-rata anak syuhada ketika ini sudah remaja dan belajar di peringkat menengah.Juteru itu,perbelanjaan untuk mereka sudah pasti besar,sedangkan ibu mereka di kalangan orang yang tidak mampu.

Hanya seorang saja balu yang berkerja sebagai guru,iatu balu kepada As syahid Cikgu Shafie,orang pertama gugur dalam tragedi  Memali itu.Enam orang menorah getah dan lain-lainnya tak berkerja.Sebelum saya datang ke Memali,mereka ini hanya mendapat bantuan bermusim,khususnya dihariraya.Bila saya menguruskan kewangan Madrasah Islahiah Diniah,saya dapati wang mereka mencukupi untuk diberi sumbangan bulanan sekitar seratus atau lebih sebulan.

Saya ajukan perkara ini kepada Yusuf Husin,Dia bersetuju,tetapi utamakan kepada balu yang anak-anak mereka belajar di luar dari Memali,termasuk luar negeri ,juga waktu-waktu kecemasan seperi kos rawatan dan sebagainya.

Saya tetapkan setiap balu  antara dua ratus ke tiga ratus ringgit sebulan.Jadi,kebajikan balu di ambil berat melalui wang dalam tabung mereka.

Keadaan kembali berubah,apabila saya berhenti dari Madrasah Islahiah Diniah.Kebajikan kepada balu tak di pedulikan lagi.Ada balu-balu yang benar-benar perlukan wang menemui Yusuf Husin,tetapi dia cakap wang dalam tabung sudah tidak ada.Kalau balu perlu dia boleh bagi dengan syarat kena bayar balik,kerana dikira itu sebagai hutang.Dengan penuh hiba balu ini pulang.Alternatif terakhir adalah mengadai barang kemas mereka.Ada dua kes balu yang barang kemas mereka hampir tamat tempoh.

Alhamdulillah,sempat saya menebus kembali barang kemas mereka.Itulah nasib yang menimpa Pn Siti Mariam dan Pn Robiah ,balu yang anak mereka  belajar di Pakistan.Mula marah juga  saya kerana mereka tidak maklum perlukan wang hingga sanggup gadai barang kemas.Mengikut mereka,tidak mahu bebani saya kerana pada mereka telah banyak saya bantu.Antara tahun 1996 hingga 2000 itu, masih terdapat 22 orang anak syuhada yang belajar di beberapa negeri seperti Kelantan,Terengganu,Perak dan Kedah.Ada juga yang menuntut di luar Negara.

Perbelanjaan mereka ini besar sedang wang dari tabung anak yatim tidak disalurkan pada mereka lagi,Kerana telah bertekad untuk membantu mereka,Saya dengan dibantu oleh Awang berkerja keras  mengumpul wang dari perniagaan kami COME *( Corak Memali) kadang-kadang isteri saya merungut,kerana melihat saya seperti mengutamakan anak-anak syuhada dari  anak sendiriMemang saya pun tidak menafikan hal ini.Mungkin semangat jihad yang ada pada saya yang sentiasa mahukan Syahid.Kalau pun saya tidak dapat syahid lagi,peluang untuk saya berbakti pada anak-anak syuhada terbuka luas.Saya yakin dengan janji Allah yang menjanjikan syurga kepada orang-orang yang membela anak-anak yatim,apa lagi anak para syuhada.

Bersambung siri 7
Share this post :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Petang Hot - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger