Headlines News :
Home » » JPV Terengganu promosi IC haiwan peliharaan

JPV Terengganu promosi IC haiwan peliharaan

Written By petang hot on Khamis, 29 Ogos 2013 | 9:07 PTG

KUALA TERENGGANU - Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu akan lebih agresif mempromosikan kad pengenalan haiwan yang antara lain bertujuan menjamin kebajikan dan kesejahteraan haiwan peliharaan.
   
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Perusahaan Perladangan dan Komoditi negeri Nawi Mohamad berkata setakat ini sebanyak 162 haiwan peliharaan di Terengganu telah didaftarkan untuk kad pengenalan itu, kebanyakannya anjing.
   
"Di negara maju, kad pengenalan menjadi satu kemestian sekiranya mereka ingin membawa masuk atau keluar haiwan kesayangan mereka dari sesebuah negara.
   
"Kad ini hanya dikeluarkan setelah haiwan kesayangan didaftarkan melalui JPV," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian klinik veterinar daerah Kuala Terengganu di sini hari ini.
   
Pengarah JPV Terengganu Dr Marzuki Zakaria berkata harga untuk pendaftaran kad pengenalan itu bagi kucing, anjing dan arnab ialah RM7 dan kuda RM9.
   
Kad pengenalan haiwan merupakan satu dokumen rasmi kerajaan Malaysia di bawah Projek Malaysia Animal Traceability Systems (MATs) dan ia hanya dikeluarkan setelah haiwan kesayangan didaftarkan melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar atau Veterinar Bertauliah (VB) seperti diperuntukkan di bawah Akta Binatang 1953. - Bernama
Share this post :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Petang Hot - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger