Headlines News :
Home » » Warga asing terperangkap

Warga asing terperangkap

Written By petang hot on Khamis, 29 Ogos 2013 | 9:09 PTG

Warga asing terperangkap

SENAI – Taktik seorang warga asing menyembunyikan diri di tempat simpanan tangki air tidak berjaya apabila dia ditahan anggota Penguatkuasa Imigresen Johor dalam serbuan Ops Sapu di Taman Senai, awal pagi semalam.

Dalam serbuan kira-kira jam 1 pagi itu, kebanyakan warga asing yang diserbu sedang tidur dan ada sebahagian dari mereka cuba menyembunyikan diri di dalam bilik air dan almari setelah menyedari kehadiran pihak berkuasa.
Serbuan itu diketuai Timbalan Penolong Pengarah Imigresen, Khairulanuar Abu Bakar bersama 20 anggota penguatkuasa di kawasan rumah kedai dua tingkat Taman Senai, di sini.

Khairulanuar berkata, seramai 42 warga asing ditangkap dalam serbuan itu termasuk dua kanak-kanak lelaki berusia antara dua hingga tiga tahun.
“22 yang ditangkap merupakan warga Indonesia manakala 10 warga Vietnam, lapan warga Bangladesh dan dua lagi warga Pakistan.

“26 daripada mereka merupakan lelaki termasuk dua kanak-kanak dan selebihnya perempuan,” katanya.

Katanya, kebanyakan mereka bekerja di restoran dan kilang berhampiran dan ditahan kerana didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tiada dokumen perjalanan sah.

“Selain itu, ada di antara mereka didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 15(1)(c) kerana tinggal lebih masa.

“Mereka tinggal di asrama yang disediakan oleh majikan di rumah kedai dua tingkat yang dijadikan tempat tinggal untuk pekerja,” katanya.

Katanya, semua yang ditahan dihantar ke depo tahanan Pekan Nenas untuk siasatan lanjut.
Share this post :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Petang Hot - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger