Headlines News :
Home » » Sebak jumpa anak

Sebak jumpa anak

Written By petang hot on Khamis, 29 Ogos 2013 | 9:10 PTG

Sebak jumpa anak

SEREMBAN – Amat menyentuh perasaan apabila seorang banduan sebak apabila dapat menyentuh dan memeluk anaknya buat pertama kali setelah enam tahun terpisah di sebalik tembok batu.
Ketika dijatuhi hukuman penjara, Wan (bukan nama sebenar), 38, terpaksa berpisah dengan isteri yang sedang sarat mengandung dan menunggu masa melahirkan anak keenamnya itu.

Wan dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan 10 sebatan selepas didapati bersalah memiliki dan mengedar dadah mengikut Seksyen 39 A Akta Dadah Berbahaya 1952.
Dia yang menjalani hukuman penjara enam tahun berasa gembira apabila pertama kali dapat menyentuh dan memeluk anak yang ditinggalkan sejak dari dalam kandungan itu lagi.

“Syukur Alhamdulillah, akhirnya hampir enam tahun baru saya dapat sentuh, peluk dan cium dia. Sebelum ini, ahli keluarga ada datang membawa anak-anak, namun sekadar melihat dan mendengar suara,” katanya ketika ditemui pada program Jalinan Kasih sempena Hari Raya Aidilfitri bersama penghuni Penjara Seremban, di sini, semalam.
Katanya, dia kini insaf dan menyesal atas perbuatannya.

“Saya menyesal dengan apa yang berlaku. Sudah enam tahun saya tidak dapat beraya bersama-sama isteri dan anak-anak hanya kerana kesalahan diri sendiri.

“Saya berjanji tidak akan mengulangi kesilapan ini lagi dan akan berubah menjadi anak dan bapa yang baik apabila keluar penjara kelak,” katanya.

Wan yang berasal dari Kuala Lumpur berkata, kehidupannya mula berubah setelah berkawan dengan kumpulan gengster.

“Sejak zaman sekolah saya bercampur gaul dengan budak jahat sebelum terjebak dengan aktiviti pengedaran dadah.

“Saya nak ingatkan orang di luar sana agar berhati-hati dalam memilih kawan. Hidup saya musnah kerana pengaruh rakan,” katanya.

Menurutnya, dia kini belajar kursus membaiki kereta dan bercadang membuka bengkel kereta apabila bebas kelak.

Sementara itu, Pengarah Penjara Seremban, Hafidz Othman berkata, seramai 10 banduan daripada 640 terpilih berdasarkan prestasi baik mereka.

“Penghuni yang berkelakuan baik, berdisiplin dan tidak melakukan kesalahan sepanjang menjalani hukuman layak mengikuti program ini," katanya.
Share this post :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Petang Hot - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger