Headlines News :
Home » » Hidup merempat akibat ditipu rakan senegara

Hidup merempat akibat ditipu rakan senegara

Written By petang hot on Jumaat, 6 September 2013 | 1:47 PTG

MELAKA - Akibat ditipu tekong, seorang wanita warga Indonesia terpaksa hidup merempat dan meraih simpati rakan senegaranya sebelum ditahan Jabatan Imigresen dalam operasi penguatkuasaan di tapak pembinaan di Ayer Keroh di sini, baru-baru ini.
    
Fatimah Karto, 55, sebelum itu dijanjikan pekerjaan dan permit yang sah di negara ini oleh seorang tekong di Surabaya, Indonesia sehingga sanggup menjual rumah pusakanya pada harga RM1,800 (6 juta rupiah).
    
Beliau berkata bagi mendapatkan pekerjaan sebagai tukang cuci di negara ini, warga emas itu membayar RM1,350 (4.5 juta rupiah) kepada tekong terbabit sebelum masuk ke negara ini secara tidak sah dengan menaiki feri sebulan lalu.
    
"Sebaik sampai di Melaka, makcik ditinggalkan di sebuah pasar (yang) makcik tidak tahu di mana kerana tidak tahu membaca sehingga tiba di tapak pembinaan ini dan tumpang tidur di sini," katanya kepada Bernama di sini.   
    
Wanita yang hidup sebatang kara di Surabaya itu berkata dia berhasrat mencari pekerjaan di negara ini apabila dimaklumkan gaji yang lumayan sebagai tukang cuci berbanding kerjanya sebelum ini sebagai penjual sayur di pasar.
   
Fatimah berkata bagi meneruskan kelangsungan hidup, dia pernah mencari pekerjaan dengan merayau di sekitar negeri ini namun tidak berjaya kerana tidak mempunyai sebarang dokuman masuk yang sah.
    
Beliau berkata dia bersyukur kerana semasa menumpang di tapak pembinaan itu dia diberi makanan oleh rakan senegara yang bekerja sebagai buruh binaan selepas bersimpati dengan nasib menimpanya.
    
"Makcik cuma tinggal RM5 sahaja, baki jual rumah yang ada sebelum itu dah habis beli makanan. Saya berserah kepada Tuhan atas nasib saya ini dan harapnya dapat pulang semula ke Surabaya," katanya dengan linangan air mata.
    
Beliau tidak menyesal mengenangkan nasib yang menimpa dirinya kerana sedia maklum cara yang digunakan untuk masuk ke negara ini adalah salah dan tidak melalui proses yang betul.
    
Fatimah antara 95 warga asing yang diperiksa dalam operasi itu dan merupakan dua yang ditahan kerana gagal mengemukakan dokuman pengenalan diri di bawah Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63. - Bernama
Share this post :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Petang Hot - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger