Headlines News :
Home » » PPPM manifestasi transformasi kerajaan

PPPM manifestasi transformasi kerajaan

Written By petang hot on Jumaat, 6 September 2013 | 1:49 PTG

Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR - Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melancarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM), satu-satunya manifestasi transformasi kerajaan yang paling menyeluruh dan paling besar, dalam mendatangkan pulangan terbaik modal insan untuk memacu segala hasrat pembangunan negara.

Timbalan perdana menteri yang juga menteri pendidikan berkata pelan itu dihasilkan demi masa depan anak-anak Malaysia yang merupakan harta yang tidak ternilai bagi bumi tercinta ini kerana di tangan merekalah kemajuan negara akan dipertaruhkan.

"Sekiranya pelan ini begitu komited untuk menyediakan anak-anak dengan kemahiran dalam enam aspirasi murid, adalah lebih baik dan molek jika dapat disambut dengan baik, dengan penuh rasa tanggungjawab, agar perencanaan ini dapat dilaksanakan sepenuhnya dan menghasilkan kejayaan yang dicita-citakan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan PPPM bagi tempoh 2013 hingga 2025 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini.

Yang turut hadir Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh, Timbalan-timbalan Menteri Pendidikan Datuk Mary Yap Kain Cheng dan P. Kamalanathan serta Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud.

Muhyiddin berkata dasar pendidikan sedia ada yang berasaskan kepada Akta Pendidikan masih dipertahankan dalam PPPM. - Bernama
Share this post :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Petang Hot - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger